in

Isu Pelawak Didakwa Menghina Islam: JAKIM Sudah Atur Tarikh Pertemuan Dengan Harith Iskander

Harith Iskander

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan isu Harith Iskander yang baru-baru ini didakwa telah menghina agama Islam menerusi satu posting di Facebook, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dilaporkan telah mengatur tarikh untuk bertemu dengan pelawak tersebut dalam masa terdekat.

Memetik laporan Berita Harian, pertemuan itu bakal diadakan kerana pihak JAKIM mahu mendapatkan perincian berhubung posting di Facebook Harith tentang isu sandwich ham yang diragui status halalnya beberapa minggu lalu.


Menurut Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), pihak JAKIM juga menunggu kesesuaian masa Harith untuk hadir ke pertemuan kedua-dua pihak tersebut.

harith iskander

Artikel Berkaitan: Dewan Filharmonik Petronas Umum Batalkan ‘Show’ Stand-Up Comedy Harith Iskander

Artikel Berkaitan: “Tak semua boleh dijadikan lawak” – Shahrol Shiro Buat Laporan Polis, Dakwa Harith Iskander Hina Agama

Difahamkan, pihak JAWI akan menasihati pelawak itu secara berhikmah agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi nanti.

Sebagai negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum, kita selaku rakyat Malaysia seharusnya lebih berhati-hati dalam percakapan atau gurauan dan tidak menyentuh isu-isu sensitif yang melibatkan agama dan kaum. 

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.