in

Isu ‘Obses’ Dengan Pelakon Tinggi Pengikut, Zahiril Ajak Amerul ‘Tong-Tong’ Beli Followers

Fi Full Fans

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan isu pemilihan pelakon dalam drama tempatan negara kita, dikatakan penerbit atau pihak stesen televisyen (TV) terlalu ‘obses’ memilih pelakon yang tinggi jumlah pengikut media sosialnya sebagai ‘trick’ untuk menaikkan drama mereka.


Namun begitu, dalam satu posting di laman Instagram milik pelakon yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi Festival Filem Malaysia 2015, Amerul Affendi, beliau berkata isu ini bukan sahaja perlu salahkan satu pihak sahaja, tetapi ada juga pengaruh lain selain kehendak stesen TV.

“Selagi ada producer yang ikut sahaja kehendak station, selagi itu lah kau kena cari hero/heroin 1 mil followers. Bukan salah station TV tu saje eh. Salahkan kipas.”- jelas Amerul dalam postingnya.

Komen Zahiril mengundang ya…

Melalui posting tersebut, ada rakan-rakan artis dan penggiat seni tanah air yang lain memberi respon di ruangan komen. Namun, yang paling mendapat perhatian ialah komen yang diberikan oleh pelakon popular Zahiril Adzim ini.

“Oleh itu, marilah tong-tong beli followers. Mungkin di shopee ada jual. Kau separuh, aku separuh.”- komen Zahiril.

Luahan yang diberikan oleh pelakon itu dikatakan agak berbaur sinis dan ternyata mendapat perhatian ramai bukan sahaja dalam kalangan rakan artis, namun dalam kalangan para peminat dan penggemar industri seni tanah air juga.

Komen Fans

Baru-baru ini juga, ramai anak seni lain yang menyatakan rasa kecewa mereka terhadap isu pemilihan pelakon dalam drama tempatan ini. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik lah… mungkin ‘kipas’ pelakon-pelakon ni boleh buat sesuatu. Min confirm diorang ni kalau dikumpulkan ‘kipas’ diorang memang ramai lah!

Baca: “Boleh bayar ikut jumlah followers ke?” Anak Seni Kecewa Stesen Penyiaran Pentingkan Pengikut IG Dari Bakat

Baca Fans

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.