in

Isu Balik Raya Di Kampung Tapi Tidur Di Hotel, Ini Ulasan Ustaz Wadi Annuar

balik kampung tidur hotel ustaz wadi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Trend sewa hotel atau homestay ketika pulang ke kampung pada Hari Raya Aidilfitri bukanlah suatu perkara baharu.

Sebahagian individu memilih untuk bermalam di hotel berhampiran kampung halaman kerana mahukan keselesaan namun ada yang menganggap tindakan sebegitu boleh merencatkan suasana hari raya itu sendiri.


Artikel berkaitan: Betul Ke Tak Boleh Pakai Lipstik Ketika Berpuasa? Ini Kata Ustaz Wadi Annuar

Artikel berkaitan: Tergamaknya! Staf Kesihatan Dedah Hujung Ramadan Ramai Hantar Ibu Bapa Ke Hospital Sebab…

Bolehkah seorang anak balik kampung beraya tapi tidur di hotel?

Menurut penceramah bebas, Ustaz Wadi Annuar, trend sedemikian sebenarnya sudah beberapa kali dibahaskan oleh para ilmuan.

Bagaimanapun, beliau mengulas juga persoalan tersebut dan dikongsikan untuk kita semua memahami dengan lebih baik.

Jelas Ustaz Wadi, tiada masalah untuk menyewa di hotel berdekatan kampung halaman tetapi beberapa perkara diambil perhatian seperti datang lebih awal untuk membantu mengemas rumah dan memasak.

“Jangan pula datang ketika hendak makan saja, semua datang berpakaian cantik-cantik, tapi datang untuk makan saja.

“Datanglah awal untuk silaturahim sambil menjaga batas-batas syariat. Tolong masak, mengemas dan sebagainya.

“Lepas itu waktu lain juga kena datang. Dalam satu atau dua jam hadir duduk bersama dengan keluarga dan saudara-mara. Maka perkara itu tidak menjadi masalah untuk sewa di hotel,” pesannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ustaz Wadi Annuar (@ustazwadiannuar)

Mengulas lanjut, Ustaz Wadi turut menyarankan agar tidak melakukan perkara tidak sepatutnya, contohnya pulang beraya di kampung yang memiliki bilik cukup, ruang luas, tetapi tetap mahu bermalam di luar.

“Macam ini memang pelik kalau balik kampung tak tidur di rumah. Namun, ada yang bagi alasan menjaga batas daripada berlaku pergaulan bebas yang terlalu terbuka, menjaga aurat keluarga dan sebagainya, itu tidak menjadi masalah.”

Jika berlaku isu-isu sedemikian, Ustaz Wadi menasihati adalah lebih baik untuk memaklumkan kepada ibu bapa terlebih dahulu.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.