in

Isteri Polis Tampar Pegawai Kerana Diminta Buka Jam Tangan Semasa Pemeriksaan Kastam

Bg2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Isteri Polis Tampar Pegawai Kerana Diminta Buka Jam Tangan Semasa Pemeriksaan Kastam
Loading
/

Setiap orang yang mahu menaiki kapal terbang pasti akan dikenakan pemeriksaan kastam terlebih dahulu. Tak kisahlah anak menteri ke, artis paling popular ke atau keluarga ketua polis sekalipun, tiada seorang pun yang akan terkecuali daripada pemeriksaan tersebut.


Tetapi ada juga manusia degil enggan mengikuti prosedur yang sudah wujud bertahun lamanya.

1 6
sumber : twitter

Semalam, isteri seorang Jeneral Polis merancang untuk ke Jakarta menaiki Batik Air dari lapangan terbang di Manado. Penerbangan itu dijadualkan  bertolak pada jam 7.45 pagi.

Sekitar jam 7.20 pagi, wanita tersebut beratur untuk melepasi pemeriksaan kastam sebelum menaiki pesawat. Namun sebaik melepasi alat pengesan logam, mesin itu berbunyi kerana jam tangannya tidak ditanggalkan.

2 12
gambar hiasan

Pegawai di lapangan terbang tersebut kemudian terus mengarahkan wanita itu untuk membuka jam tangannya untuk menjalani pemeriksaan sekali lagi.

Tetapi entah kenapa wanita tersebut enggan menurut perintah pegawai di sana dan berkeras untuk tidak membuka jam tangannya.

Berang diarahkan berbuat sedemikian, wanita itu secara tiba-tiba menampar pegawai berkenaan!

Sumber : Twitter

Di dalam video tersebut, wanita itu kelihatan marah dan menjerit-jerit manakala pegawai berkenaan cuma mendiamkan diri sahaja. Anaknya dilihat cuba menahan ibunya itu dari mendekati staf tersebut.

Selepas ditampar di hadapan ramai orang, pegawai tersebut terus meninggikan suaranya dan berkata,

Saya boleh laporkan puan ye!”

Tetapi, wanita itu ternyata kelihatan tidak gentar malah masih terus melawannya. Eh dia ni!

Status dan wang ringgit bukanlah tiket untuk seseorang itu bersikap biadap!

Baca : Guru Tampar dan Tendang Pelajar Tadika Tanpa Belas Kasihan Hanya Kerana Terlupa Rutin Tarian

1 12 E1499328562469

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.