in

Isteri Kedua Bersalin Di Hospital Isteri Pertama Jadi Punca Rahsia Poligami Terbongkar

2kantoi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki warga India dijatuhi hukuman penjara tiga bulan tiga minggu selepas didapati bersalah berpoligami secara haram dengan mengahwini rakan sekerjanya, sedangkan dia masih mempunyai isteri yang sah.

Screenshot 2025 08 23 at 11.34.12 AM
Gambar Hiasan

Tertuduh, Vaithialingam Muthukumar, 49, mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu bersubahat melakukan bigami (berkahwin lebih seorang) serta membuat pengisytiharan palsu dalam permohonan penduduk tetap apabila mendakwa tidak mempunyai perkahwinan lain. Hukuman dijatuhkan oleh mahkamah pada Khamis (21 Ogos).


Memetik laporan Astro Awani, siasatan mendapati Vaithialingam berkahwin dengan isteri pertamanya, seorang warga Singapura berusia 55 tahun, pada 2007 di India. Selepas berhijrah ke Singapura empat tahun kemudian, dia bekerja di sana dan mula menjalin hubungan dengan rakan sekerjanya, Salmah Bee Abdul Razak, 43, sebelum bernikah mengikut syariat Islam di Nagore, India pada Ogos 2022.

Rahsia itu terbongkar apabila Vaithialingam melawat Salmah yang melahirkan anak lelaki pada September 2023 di KK Women’s and Children’s Hospital, tempat isterinya yang pertama bekerja. Kehadiran tertuduh di bilik bersalin menimbulkan curiga sehingga memaksa dia mengaku mengenai perkahwinan kedua.

Screenshot 2025 08 23 at 11.35.00 AM
KK Women’s and Children’s Hospital

Menurut pihak pendakwaan, tindakan Vaithialingam menipu kedua-dua isterinya adalah serius kerana isteri pertama hanya mengetahui kebenaran secara kebetulan, manakala isteri kedua pula diperdaya dengan janji palsu kononnya dia akan menceraikan isteri pertama. Di bawah undang-undang Singapura, kesalahan bigami memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta denda maksimum S$10,000 (bersamaan kira-kira RM32,000).

Baca: “Saya anggap semuanya gurauan” – Ramai Minta Nasihat Poligami Daripada Aslam?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.