in

“Isteri ada fitrah tak boleh berkongsi” – Pesanan Kaunselor Buat Suami Yang Terinpirasi Dengan Abang Tesla

Kaunselor Tegur Abang Tesla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Abang Tesla berkahwin kali kedua telah menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.

Mana tidaknya, isu poligami cukup sensitif untuk dibincang dan diperkatakan secara terbuka bagi sebahagian besar golongan wanita yang sudah berkahwin mahupun masih bujang.


Susulan isu itu, kaunselor perkahwinan Mohd Redzuan Zamberi menyatakan berpoligami tidak salah namun para suami perlu mengetahui ia adalah perkara harus yang bukan mutlak seperti dinyatakan dalam Surah An-Nisa, ayat 3.

G

Ulasnya buat para suami yang berhasrat untuk berpoligami, hendaklah berlaku adil dan mampu memberi kebahagian sama ada zahir dan batin.

“Nak kahwin kalau anda mampu… kahwinlah. Tapi mampu untuk adil, mampu beri kebahagiaan yang bermakna ada keupayaan batin dan zahir.

“Sebut batin ini, pastikan anda layak memenuhi batin isteri yang pertama (termasuk) pendidikan… cukupkah ilmu yang ada untuk didik isteri dan anak-anak.

“Takut kita pun terumbang ambing, jadi macam mana nak didik yang kedua?” ujarnya menerusi video di TikTok.

Isteri ada fitrah tak boleh berkongsi

Mengulas lanjut, beliau turut menegur majlis perkahwinan yang dijadikan sebagai kandungan di media sosial adalah salah kerana boleh mengundang rasa sakit hati isteri pertama.

Malah, ia turut meruntun jiwa para penonton yang melihat video tersebut sedangkan tujuan majlis perkahwinan dihebahkan adalah untuk mengelak fitnah.

“Macam mana izin pun, isteri ada fitrah dia tak boleh berkongsi… tak payah cerita wanita masa kini, buka sirah nabi yang mana Saidatina Fatimah pun mengadu pada Rasulullah,” katanya.

Tambahnya lagi, sepatutnya hebahan dilakukan dalam kalangan jiran tetangga serta penduduk kampung dan bukanlah di media sosial.

@kaunselorredzuan

Teguran ikhlas saya. Maafkan diri ini serba kekurangan. #pakarhubungan #kaunselorrumahtangga #kaunselorperkahwinan #poligami #abangtesla @ABG.TESLA

♬ Sad and lonely – MoppySound

“Saya tak tahu apa tujuan abang Tesla tu, tapi media sosial tidak sesuai kerana akan wujudkan penyakit ‘ain’.

“Benda yang bagus seperti berkahwin akan jadi fitnah kerana ia mengundang spekulasi,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan kebanyakan isteri yang ditanya berhubung poligami mengakui tidak sanggup melihat perkahwinan di depan mata walaupun memberi izin.

Baca: “Sebab saya kahwin 2 korang kena marah” – Abang Tesla Mohon Maaf Kepada Para Suami
Abang Tesla Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.