in

“Ironman Along mana?” – Bila Saki-Baki Ubat Bius Belum Habis Selepas Operation, Lawak Tengok Lelaki Ini

Avengers

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak tengok kompilasi video dari luar negara di mana orang selalu cakap merapu atau merepek selepas buat pembedahan?


Kebiasaannya, mereka dalam video tu akan cakap bukan-bukan kesan daripada anesthesia atau ubat bius yang diberikan doktor.

“Apalah aku mengarut ni..”

Lain orang mempunyai tahap ketahanan dan respon berbeza-beza selepas menjalani sesuatu pembedahan, baik kecil atau besar.

Tapi dalam beberapa video yang dikongsikan di Twitter, @Fikrisyafiq berkongsi videonya yang merapu berkenaan The Avengers selepas dibedah.

Hahahaa hadoi! Siap menangis dengar nama Ironman. Lawak betul dengar.

Ajak doktor sama-sama selamatkan bumi

Dia berkata, dia memang seorang peminat Avengers tapi yang lawak tu si Angah melayan pula dia merapu.

Semuanya akibat post-operation dan dipercayai kesan ubat bius. Dengan doktor sekali dia panggil ajak selamatkan bumi.

Antara ayat-ayat yang melucukan dibual bersama doktor yang meminta dia berehat termasuk tak boleh berehat sebab nak selamatkan bumi.

“Saya tak boleh rehat. Saya kena selamatkan bumi,”

“Alien serang saya,”

Semasa doktor sedang cuba mendapatkan respon darinya, dia sempat bertanya kepada doktor yang digelar Black Widow kenapa berjaya hidup semula. Pulak!

“Ironman along mana?”

Kelakar memang kelakar tapi ibubapa mana tak risau kalau tengok anaknya macam ni.

Hinggakan kedua-dua ibubapanya dah ajak sama-sama berzikir, melihat keadaan anak dah lain macam.

Dah lepas ajak Avengers assemble, dia sempat pula tanya Thanos dah mati ke belum! Berdekah admin tengok part tu.

Tapi sedih jugak la bila dia sebak-sebak tahu Ironman dah mati. Adoi, macam-macam betul gelagat.

Apa-apapun kami berharap dia cepat sembuh. Get well soon!

Baca: “Ingat gambar photoshop!” – Netizen Macam Tak Percaya Tengok Gadis Melayu Ni Jumpa Thor Ketika Shooting Avengers: Endgame

Thor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.