“Ingat gambar photoshop!” – Netizen Macam Tak Percaya Tengok Gadis Melayu Ni Jumpa Thor Ketika Shooting Avengers: Endgame

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Siapa yang tak kenal dengan Chris Hemsworth, pelakon kacak yang berasal dari Australia ini? Bagi yang mengikuti siri Marvel, korang mesti tak boleh move on lagi kan dengan karekter Thor yang kacak tu (walaupun dah jadi buncit sikit masa Endgame hari tu oppss).

Di saat ramai gadis bermimpi-mimpi nak berjumpa dengannya, gadis ini nampaknya dah crush impian korang menjadi debu-debu sebab dia dah jumpa dengan Thor dan siap ambil gambar lagi dengannya. Tak caya? Haa tengoklah sendiri! 

 

“Ramai tak tahu yang saya jumpa dengan Chris Hemsworth…” 

Menerusi perkongsian di Twitter Youtuber bernama Sumrah Jamal, dia telah berkongsi fotonya bersama aktor Chris Hemsworth sedang mengambil gambar bersama.

Sumber: Twitter

Tak cukup dengan gambar, dia juga sempat memuat naik video akan pertemuan tersebut. Menurut Sumrah, dia bertemu dengan Chris pada May 2017 lepas ketika pelakon tu sedang shooting untuk scene di catheral bagi filem Avengers: Endgame.

Sumber: Twitter

 

“Dah kenapa nampak macam Chris yang jumpa artis??” 

Disebabkan Chris sangat popular di kalangan fans wanita, ramai gadis-gadis yang melihat tweet ni berasa sangat jealous dan tak percaya dengan apa yang dilihat mereka.

Walau bagaimanapun, ramai yang anggap Sumrah lucky sangat sebab dapat jumpa dengan aktor kacak tu in person. Min pun jealous tau! 

Sumber: Twitter

Bagi yang tak tahu, Sumrah Jamal ni seorang Youtuber yang agak famous jugaklah sebaris dengan adik Neelofa, Atisha Khan dan lain-lain. Tak silap admin, Sumrah kini tinggal di UK dan setiap bulan dia pasti akan keluarkan vlog baru berkaitan hidupnya di sana.

View this post on Instagram

moonchild

A post shared by sumrah ♡ (@crystalsumrah) on

Kalau bosan-bosan korang boleh je tengok vlog Sumrah di sini. Very entertaining tau! 

Gadis-gadis kat luar sana bertabahlah ye. Jangan menangis tepi bucu katil lepas tengok video kat atas ni. 

Baca: Demi Avengers : Endgame, Thor Dan Black Widow Sanggup Diseksa Makan 3500 Kalori & Puasa 15 Jam Sehari.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!