in

Iran Mengaku ‘Tak Sengaja’ Tertembak Jatuh Pesawat Ukraine

Untitled Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Iran akhirnya dilapor mengaku bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Ukraine, dalam satu kejadian ngeri yang berlaku Rabu lalu.


Namun, laporan Associated Press menyebut — Tehran mendakwa kejadian itu tidak disengajakan, dan ia berlaku atas faktor ‘kecuaian manusia’.

4258180C96444408A46Cd367A1409D75 18

5E15A99Cb2E66A6A8F09Bc72

Rabu lalu, sebuah pesawat Boeing 737 milik Ukraine International Airlines dilapor terhempas sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Imam Khomeini di Tehran — sehingga mengorbankan 176 penumpangnya dan anak kapal.

Laporan awal menyebut insiden itu berlaku akibat gangguan teknikal pada pesawat terbabit.

Pesawat berkenaan jatuh, beberapa jam selepas Tehran melakukan serangan balas bagi menuntut bela di atas kematian komandernya — Jeneral Qassem Soleimani, dengan melancarkan peluru berpandu ke arah markas tentera Amerika Syarikat di Iraq.

Antara yang maut termasuklah 63 rakyat Kanada yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Kanada Justin Trudaeu mendakwa Iran bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan namun ia dinafikan Iran.

Republik itu bagaimanapun akhirnya mengaku bertanggungjawab, dan mendakwa pesawat itu telah disalah anggap sebagai sasaran serangan susulan hightened radar sensitivity pada ketika itu.

Jelas pihak berkuasa Iran lagi, pihak tentera negara itu kini sedang berada pada tahap kesiapsiagaan paling tinggi — di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak dengan Amerika Syarikat.

Susulan kejadian, Iran turut bersedia memberi kerjasama penuh kepada Ukraine.

 

Baca: Travel Alert! Kementerian Luar Negeri Keluar Notis, Nasihat Batal Percutian Ke Negara Teluk, Susulan Ketegangan US-Iran

Wwiii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.