Teka-teki berkenaan kabinet Malaysia pasca Pilihan Raya Umum (PRU-15) bakal terjawab hari ini dan antara nama yang paling disebut-sebut untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) adalah presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut laporan MalaysiaKini, sumber dalaman UMNO berkata ahli Parlimen Bagan Datuk itu dicalonkan parti terbabit untuk memegang jawatan itu sesuai dengan kedudukannya selaku ketua parti.
“Hampir pasti presiden Umno akan jadi timbalan perdana menteri, insya-Allah. Itu saja saya boleh cakap.” katanya.
Jika jawatan itu diberikan kepada Ahmad Zahid, ia menjadi kali kedua beliau memegang jawatan tersebut, kali pertama beliau memegang jawatan itu adalah ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri.
Nama Ahmad Zahid banyak disebut memegang jawatan tersebut, ini kerana beliau merupakan tokoh bagi partinya dan kerajaan pasca PRU-15 ini merupakan kerajaan perpaduan yang terdiri dari parti Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) serta Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Selain itu, beberapa pemimpin UMNO seperti Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Razlan Rafii, turut berpendapat Ahmad Zahid wajar mendapat jawatan berkenaan bagi menstabilkan kerajaan.
Semoga semuanya terjawab tak lama lagi…
Baca: Zahid Hamidi Nafi Letak Jawatan Susulan Surat Palsu Tular