in

Institut Memandu Terlalu Padat, Kena Tunggu 6 Bulan Untuk Jalani Ujian

Institut Memandu Terlalu Padat Kena Tunggu 6 Bulan Untuk Jalani Ujian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah mendapatkan lesen memandu, ia biasanya akan mengambil masa kira-kira tiga ke enam bulan.



Pun begitu, baru-baru ini difahamkan, calon yang hendak menjalani ujian lesen memandu percubaan (PDL) di institut memandu seluruh negara terpaksa menunggu giliran sekurang-kurangnya enam bulan.

Ia disebabkan oleh terlalu banyak permohonan untuk menjalani ujian tersebut susulan pandemik Covid-19 yang berlaku selama dua tahun sebelum ini.

Lesen 2 Scaled 1

Menurut laporan FMT, hampir separuh daripada 236 pusat latihan memandu yang berdaftar di seluruh negara menghadapi masalah yang sama kerana kebanyakan pusat latihan terletak di lokasi padat penduduk.

Malah, permasalahan tersebut juga berlaku kerana pertindihan pelajar yang ramai dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikatakan kekurangan kakitangan atau penguji untuk ditempatkan di institut memandu.

Selain itu, kepadatan tersebut menyebabkan ada calon yang terpaksa menukar permohonan ke negeri lain yang kurang pelajarnya seperti di Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan.

Learner Site

Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (Pima), Mat Aris Bakar berkata, keadaan di luar jangka itu berpunca daripada institut memandu tidak beroperasi selama lapan bulan kerana pandemik serta kekurangan penguji JPJ.

Pun begitu, dia memberitahu keadaan itu berlaku secara bermusim, khasnya selepas pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai pelajar yang mahu mendapatkan lesen secara serentak.

Payah juga ya bila ramai sangat nak ambil lesen…

Baca: “Betul SPM bukan segala-galanya tapi…” –  Recruiter Jelaskan 5 Kesan Gagal SPM Dalam Dunia Kerja

Ft Recruiter Jelas Spm G Bagi Kesan Kerja

Sumber: motoqar
Sumber: jpj.my

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.