in

Insiden Kekecohan Di Kampung Sungai Baru Tidak Libatkan Penduduk Setempat

syaz ft 2025 09 12T160218.203

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kekecohan yang menyebabkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera dalam operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru semalam tidak melibatkan penduduk setempat.

Penasihat Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai Baru, Muzzafar Razman menegaskan, insiden berkenaan langsung tidak ada kaitan dengan mereka.


Artikel berkaitan: “Kami tak akan berganjak! – Rafidah Ibrahim Bersuara Isu Rumah Di Kg. Sungai Baru

Artikel berkaitan: SPRM Sudah Ada Senarai Individu Kes Ceroboh Tanah Di Raub

“Penduduk hanya berada di rumah masing-masing dan tidak melakukan sebarang provokasi atau propaganda,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Muzzafar berkata, penduduk turut kesal dengan kejadian yang mencederakan pihak polis dan orang awam kerana ia tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, isu utama adalah tindakan merobohkan rumah walaupun masih terdapat beberapa kes berkaitan tanah tersebut yang sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.

“Perintah mahkamah hanya membenarkan pintu atau tingkap dipecahkan untuk tujuan kunci semula, bukannya perobohan rumah. Namun pihak berkuasa mentafsirkannya sehingga berlaku perobohan. Ia detik hitam bagi kami,” jelasnya.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, tiga lelaki ditahan untuk siasatan kes kecederaan di kepala yang menimpa Sulizmie Affendy.

 

Sumber: Sinar Harian, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.