Di media sosial kini, sedang hangat diperkatakan mengenai tindakan penganjur Anugerah Melodi Terhangat (AMT) yang meletakkan Bella Astillah dan Sophia Albarakbah di satu pentas yang sama.
Klip video tersebut tular memperlihatkan tindakan Bella Astillah yang ditugaskan sebagai penyampai anugerah dilihat agak janggal dan tidak selesa ketika mengumumkan nama pemenang kerana individu berkenaan pernah terpalit kontroversi melibatkan isu rumah tangganya.
Artikel berkaitan : “NOT ME!” – Sophia Albarakbah Nafi Dirinya Dikaitkan Dalam Hal Rumah Tangga Artis Terkenal
Artikel berkaitan : “Dia gigil sebab trauma” – PA Dedah Punca Reaksi Janggal Bella Astillah Ketika Umum Kemenangan Sophia Albarakbah
Aduhhh dasar melodi ekkk. Orang tu tengah bahagia atas stage boleh pulak tiber sophia yang menang. #AnugerahMelodiTerhangat pic.twitter.com/dUZpysiQeV
— ᵉⁿᵃ (@owwena) August 3, 2025
Sehingga ini, Melodi dilihat menjadi bahan kecaman netizen kerana dianggap tidak sensitif dengan trauma yang dihadapi seseorang. Malah, artis dan pempengaruh juga bersuara lantang dalam menemplak tindakan dan kredibiliti program tersebut serta ada yang membuat pendedahan yang berjaya mencuri tumpuan netizen.
Pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Nur Kasih iaitu Tiz Zaqyah mendedahkan bahawa dia masih ingat satu kejadian melibatkan rancangan Melodi hingga ke hari ini di mana, pihak program tersebut terjah di kawasan set penggambaran yang dilakonkannya dan menemu ramah seorang rakan pelakon lain.
Mereka bertanyakan soalan yang membuatkan pelakon tersebut rasa tidak selesa sehinggakan pelakon tersebut menangis dan tak boleh meneruskan penggambaran. Malah Tiz juga mendedahkan kebanyakan jawapan yang diberikan artis telah dipotong dan disunting.
Di samping itu, pelakon Ika Nabila juga menganggap tindakan Melodi itu amat keterlaluan, biarpun ia bertujuan untuk marketing ia tetapi ia tidak elok kerana mereka didakwa telah mencampurkan adukkan hal peribadi untuk mensensasikan suasana.
Namun begitu, Ika Nabila tetap memuji tindakan Bella yang begitu profesional dalam menangani isu berkenaan.
Selain itu, ramai juga pempengaruh turut bersuara mengenai isu ini. Kebanyakan mereka kurang senang dengan cara Melodi menggunakan hal peribadi untuk tujuan publisiti.
Bahkan, disebabkan situasi yang terjadi pada malam anugerah tersebut, ramai netizen mula ‘ungkit’ kembali dan tularkan semula isu yang pernah terjadi melibatkan rancangan tersebut.
Sekadar info, Sophia Albarakbah sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Bella Astillah yang pada ketika itu masih lagi memegang status sebagai isteri kepada penyanyi Aliff Aziz.
Dikatakan Sophia didakwa kerap menghubungi Aliff Aziz sehingga telah menjejaskan rumah tangga pelakon itu dan perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Bella Astillah.
Sumber : Thread