Seperti semua sedia maklum, inkues Zara Qairina diteruskan hari ini dan pasukan peguam Datuk Ram Singh dilihat telah membawa masuk sebuah patung bersaiz manusia dengan ketinggian hampir sama seorang kanak-kanak ke Mahkamah Koroner di Kota Kinabalu, jam 9 pagi tadi.
Pasukan yang mewakili saksi kanak-kanak dalam prosiding inkues berkenaan membawa patung tersebut selepas mencadangkannya kepada koroner semalam bagi membantu penjelasan keterangan saksi pertama hari ini.
Sementara itu, Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu akan menyambung keterangannya mengenai punca kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir pada hari kedua inkues hari ini.
Artikel berkaitan: Pakar Patologi Berpendapat Zara Qairina Tidak Mungkin Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Ditolak
Artikel berkaitan: Memahami Istilah Undang-Undang di Sebalik Inkues Kes Zara Qairina
Semalam, Dr Jessie ada mendedahkan bahawa kecederaan yang dialami Zara Qairina berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.
Beliau juga mendedahkan tak mungkin arwah Zara jatuh secara tak sengaja atau ditolak dari koridor tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya ketika kejadian pada awal pagi 16 Julai lalu.
Perkara itu menurutnya berdasarkan pemeriksaan lokasi dan perbandingan ketinggian mangsa dengan ketinggian pahar konkrit koridor yang tak memungkinkan arwah terjatuh sendiri atau ditolak.
Berita lanjut bakal menyusul.
Sumber: Buletin TV3