in

“Inilah air plastik” – [Video] Netizen Bengang Lelaki Ludah Dekat Botol Air Gambar Lisa Blackpink, Simpan Balik Dalam Peti Sejuk Kedai

Llisa2

Jangan kata musim pandemik, masa hari normal pun perbuatan meludah dekat barang-barang awam pun dah nampak menjengkelkan dan menjijikkan.

Viral di Twitter sejak semalam apabila ada seorang lelaki meludah botol minuman karbonat di sebuah kedai, dekat botol minuman itu ada kelihatan gambar penyanyi Lisa Blackpink, selepas meludah, dia simpan semula dalam peti sejuk.

 

Kau tak fikir ke orang lain beli air tu”

Video berdurasi 10 saat itu pada asalnya dimuat naik di TikTok namun mendapat perhatian netizen dan ia dikongsikan semula di Twitter.

Ia telah meraih lebih daripada 3,000 jumlah retweets dan rata-rata marah dengan tindakan lelaki tersebut.

Walaupun identiti dan lokasi kejadian masih belum dikenal pasti, ramai warganet menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap pemuda tersebut.

Selain perbuatannya yang menjijikkan, ramai netizen dalam kalangan peminat fanatik Lisa Blackpink marah dengan tindakan pemuda itu.

Lludah Lludah2 Lludah3 Lludah4 Lludah5 Lludah6

Bukan sahaja netizen dari Malaysia, orang dari negara luar seperti Indonesia dan Thailand juga marah dengan tindakan pemuda tersebut.

 

Baca  : “Saya akan tikam dan tembak dia” -Lisa Blackpink Terima Mesej Ugutan Bunuh Dari ‘Stranger’?

Llisa