in

Ini Senarai 13 PPV ‘Walk-In’ Lembah Klang Mulai Esok

2Ppv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kita kini berada di landasan yang betul untuk membentuk imuniti kelompok untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Terkini, Covid-19 Imunisation Task Force (CITF) menetapkan hanya 13 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang akan menerima individu untuk mendapatkan suntikan vaksin secara walk-in mulai esok.Screenshot 2021 08 22 At 11.41.01 Am

Memetik laporan Berita Harian, pihak CITF berkata , langkah itu diambil berikutan kadar kehadiran warganegara Malaysia di PPV walk-in semakin berkurangan setiap hari sejak dilaksanakan pada 2 Ogos lalu.


Oleh sebab itu, hanya 13 PPV tertentu sahaja yang akan menerima individu untuk mendapatkan suntikan vaksin secara walk-in. 

Berikut adalah senarai 13 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan menerima individu secara walk in di Lembah Klang mulai esok.

  1. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC),
  2. Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC)
  3. Axiata Arena Bukit Jalil
  4. Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam
  5. Hotel Wyndham, Klang
  6. PPV Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  7. Dewan Seri Bernam, Sabak Bernam
  8. Stadium Tertutup Kuala Selangor
  9. Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat
  10. PPV Le Pavilion Gamuda Garden, Gombak (mulai Rabu)
  11. Bukit Beruntung Golf Resort (mulai Rabu)
  12. PPV Galaxy Mall Ampang (mulai Khamis)
  13. Universiti Multimedia, Cyberjaya (mulai Khamis)

Screenshot 2021 08 22 At 11.41.48 Am

CITF turut menambah, perkara ini hanya tertakluk kepada penduduk Lembah Klang dan penduduk selain Lembah Klang masih boleh mendapatkan suntikan vaksin secara walk-in  mengikut negeri masing-masing.

Baca: “98 peratus dah terima 1 dos vaksin” – Selangor Dijangka Masuk Fasa 2 PPN September Ini

Screenshot 2021 08 22 At 11.24.46 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.