in

“Ini semua aturan ditetapkan Tuhan” – Kisah Lelaki 50-an Yang Pernah Jadi Jutawan Berubah Jadi Gelandangan

Gelandangan2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka daripada berada di tempat teratas, memiliki pendapatan jutaan ringgit, tidur di hotel 5 bintang, mampu menaiki penerbangan kelas bertama boleh berubah dalam sekelip mata sehingga sehingga tinggal di tempat berbumbungkan langit.



Lelaki 50-an yang dikenali sebagai Johari  ini bergelandangan selama setahun selepas gagal dalam perniagaannya dalam 10 tahun lalu sehingga mengharapkan belas ihsan orang lain.

 

Dalam sekelip mata Allah SWT uji saya apabila semua itu hilang malah pernah hidup bergelandangan serta mengharapkan belas ihsan orang lain.”

Kata Johari, tempoh itu merupakan detik paling sukar buat dirinya serta keluarga, namun dia tetap bersyukur dengan segala ‘peringatan’ yang Allah SWT berikan kepadanya.

Ada yang mengatakan bahawa dia disabotaj oleh orang-orang terdekat, namun Johari tidak berdendam dan redha dengan ketentuan Tuhan.

“Biasalah, ketika senang, adakalanya kita lupa siapa yang memberi rezeki dan nikmat. Ada yang mengatakan saya menjadi mangsa iri hati orang lain namun jika benar, saya sudah lama memaafkan individu terbabit.”

Johari dahulu hidupnya mewah, berkawan juga dengan orang kenamaan. Kesemua itu berubah apabila perniagaannya dalam bidang hartanah ‘jatuh’ dan ‘tidak menjadi’ sehingga kerugian besar dalam 10 tahun lepas.

Lebih menyedihkan, isteri tercinta meninggal dunia pada 2008. Saya cukup ‘terduduk’ ketika itu malah bergelandangan kerana tiada sumber pendapatan selain untuk makan minum,” katanya.

Orang yang menjadi kekuatannya kini ialah dua anaknya yang sedang melanjutkan pengajian di universiti.  Namun begitu, selepas setahun bergelandangan, dia diambil bekerja sebagai penyelaras bagi kerja-kerja kebajikan di lapangan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Lapor Harian Metro

“Saya kini tinggal di rumah pusaka. Saya lebih gembira sekarang ini, apa yang saya lakukan sekarang memberi erti cukup besar buat saya serta keluarga,” katanya lagi.

Namun begitu, anaknya kini berjaya dalam hidup, anak perempuannya pula menuntut dalam bidang seni bina di Perancis manakala anak bongsu di universiti tempatan.

“Walaupun hari ini saya tidak berpendapatan jutaan ringgit namun saya bahagia dan bersyukur kerana dapat membantu orang kurang bernasib baik terutamanya rakan-rakan gelandangan.” katanya.

 

Baca : “Mulianya hati pakcik”  – Pakcik Shell Bagi Kerja – Tempat Tinggal Kepada Pemuda Gelandangan Lepas Mak Meninggal

Gelandangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.