in

“Ini pertama kali berlaku” – YDP Agong Cipta Sejarah, Akan ‘Interview’ 222 MP Dalam Masa 2 Hari Untuk Putuskan Siapa PM Ke 8

Agong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya satu sejarah baru akan tercipta. Buat pertama kalinya, seramai 222 Ahli Parlimen (MP) bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara berperingkat selama 2 hari bermula hari ini (Selasa) jam 2.30 petang.

Menurut mStar, pertemuan atau interview ni dilakukan untuk ketahui secara bersemuka sokongan setiap MP terhadap calon Perdana Menteri baru lepas Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya semalam. 


20200224Fl18 Mahathir Mohamad Istana Negara

 

“Ini pertama kali berlaku di peringkat persekutuan. Baginda sendiri akan personal interview dalam 2 atau 3 minit…”

Bagi yang tertanya-tanya, perkara ni dibuat sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang mana Yang di-Pertuan Agong berhak memilih PM daripada ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat sokongan majoriti. 

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin mengumumkan perkara ni pada sidang media di Istana Negara berhubung perkembangan terkini situasi politik negara petang tadi.

Semua MP juga katanya telah dimaklumkan oleh pihak Istana Negara berhubung perkara ini pada Isnin lepas.

“Saya rasa ini pertama kali berlaku di peringkat persekutuan.

“Baginda sendiri akan adakan personal interview akan dibuat ringkas dalam masa dua atau tiga minit untuk setiap MP dan bermula seramai 90 orang pada 2.30 petang hari ini (Selasa),” katanya.

Sesi interview ini katanya akan disambung semula pada hari Rabu yang mana ia akan dikendalikan oleh YDP Agong sendiri dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Tambah Datuk Pengelola Bijaya Diraja lagi, YDP Agong mahu melakukan perkara ni secara telus dan berkongsi supaya media tak membuat sebarang spekulasi.

 

“Biar saya jalankan tugas” – YDP Agong 

Dalam pada tu, baginda yang turun mencemar duli menyampaikan sumbangan makanan di Pintu 2 Istana Negara sempat bertegur sapa dengan wakil media.

“Biar saya jalankan tanggungjawab. Saya harap kita dapat mencari penyelesaian terbaik untuk negara,” titah baginda.

Setakat ini kesemua Ahli Parlimen kecuali Tun Mahathir dipanggil menghadap dengan 90 orang daripadanya telah mula menghadap secara peribadi dari jam 2.30 petang dan selebihnya esok.

Kita doakan yang terbaik buat negara kita ye semua. 

Baca: [TERKINI] Lepas Serah Perletakan Jawatan Sebagai PM, Dr Mahathir Berhenti Sebagai Pengerusi Bersatu Pula

Maha

Sumber: Malay Mail
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.