in

Ini Fakta Menarik Tentang Sultan Brunei, Raja Paling Lama Memerintah Setakat Ini

collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kematian Ratu Elizabeth II pada 2022 yang lalu, Sultan Brunei kini memegang takhta sebagai raja paling lama memerintah. Baginda juga merupakan salah seorang individu terkaya di dunia.

Baginda telah mendapat perhatian dunia pada tahun 2019 apabila mengumumkan negara pemerintahannya akan mengikut undang-undang Syariah di mana zina dan homoseksual akan diberikan hukuman mati.


Jadi pada artikel kali ini, apa kata kita tengok fakta menarik tentang Sultan Brunei yang mungkin korang tak tahu. Jom!

Kehidupan peribadi Sultan Brunei

sultanHassanal brunei 1662809792

Sultan Hassanal Bolkiah Muizzadin Waddaulah merupakan sultan Brunei ke-29. Baginda dilahirkan pada 15 Julai 1946 di Bandar Seri Begawan dan di usia 21 tahun, ditabalkan menjadi raja pada tahun 1967 selepas kemangkatan ayahandanya.

Pada tahun 1984, selepas Brunei mendapat kemerdekaan dari Great Britain, baginda juga turut mengambil jawatan sebagai perdana menteri negaranya. Selain itu, Sultan Hassanal juga pernah menjadi setiausaha pertahanan negara, bendahari, panglima tertinggi angkatan tentera, jeneral kehormat angkatan tentera British dan Indonesia, dan laksamana kehormat tentera laut diraja serta menamakan dirinya sebagai Inspektor Jeneral pasukan polis Diraja Brunei.

Sultan Hassanal juga telah berkahwin dan bercerai beberapa kali namun isterinya yang memegang pangkat sebagai permaisuri merupakan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Baginda berdua telah berkahwin pada 1967 dan dikurniakan dengan enam cahaya mata.

Dari tahun 1982 ke 2003 pula, baginda memperisterikan Mariam Abdul Aziz yang menjadi isteri kedua baginda dan mempunyai empat anak bersama termasuk putera kesayangan ramai, Putera Abdul Mateen.

Kemudian pada tahun 2005, Sultan Hassanal telah berkahwin dengan wartawan Malaysia Azrinaz Mazhar Hakim yang kemudiannya diceraikan lima tahun kemudian dan mempunyai seramai dua orang anak. Azrinaz kini telah pun berkahwin lain.

Fakta tentang Sultan Hassanal & Brunei

profil istri sultan hassanal bolkiah yang dua kali dipoligami

Brunei merupakan negara Islam yang juga merupakan negara jiran Malaysia. Negara kecil ini kaya dengan petrol dan gas, oleh itu ekonominya sangat bergantung kepada minyak.

Brunei kini merupakan pengeksport gas asli cecair keempat terbesar di dunia, 90% daripadanya dieksport ke Jepun, iaitu rakan dagangan terpenting mereka.

Undang-undang Syariah

Kemudian pada tahun 90-an, Sultan Hassanal komited untuk melaksanakan undang-undang Syariah di negaranya namun agenda ini tidak diteruskan sehingga tahun 2013. Keputusan baginda untuk melaksanakan undang-undang ini telah menyebabkan banyak negara menjalankan sekatan ke atas hotel-hotel mewah milik baginda di seluruh dunia.

Ramai selebriti seperti Anna Wintour, Richard Branson dan Ellen DeGeneres telah mengutuk tindakan sultan ini secara terbuka.

Namun begitu, pada tahun 2019 baginda telah memasukkan hukuman dari undang-undang Syariah ke dalam kanun keseksaan Brunei untuk semua orang Islam di negara tersebut seperti rejam sehingga mati untuk seks homoseksual dan zina serta potong tangan untuk jenayah kecurian.

Kerana majoriti penduduk di Brunei merupakan orang Islam, perayaan agama lain dibenarkan untuk disambut asalkan ia dibuat secara peribadi.

Satu-satunya negara dengan sistem diraja mutlak

Selain Bhutan, Brunei Darussalam merupakan satu-satunya negara yang menggunakan sistem diraja mutlak di Asia.

Sebagai raja mutlak, Sultan Hassanal memegang jawatan sebagai ketua negara, ketua kerajaan, raja, perdana menteri, menteri luar negara, menteri pertahanan dan menteri kewangan.

Istana terbesar di dunia

Screenshot 2023 10 22 11 46 35 072 cominstagramandroid edit 441843722.jpg

Istana Nurul Iman di Brunei merupakan istana terbesar di dunia menurut Guinness Book of World’s Records. Istana ini dibina dengan kos sebanyak US$1 bilion dengan kawasan sebenar 50 ekar serta mempunyai sebanyak 1,788 bilik.

Tak ada cukai pendapatan

Brunei Darussalam juga tidak mengenakan cukai pendapatan kepada rakyatnya dan hanya mengenakan cukai 55 peratus untuk syarikat. Selain dari itu, penduduknya juga tak perlu membayar apa-apa cukai barangan atau jualan namun perlu menyumbang 5% dari pendapatan ke dalam tabung simpanan yang diuruskan kerajaan.

Menarik jugak Brunei ni eh?

Sumber: Stars Insider, Tempo.Co

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.