in

“Ini bukan lucah tapi menyesatkan” – Wanita Ini Tepis Dakwaan Minum Kopi Boleh Kecilkan Payu Dara

Kopitek

Aikk? Itu pula? Tak pernah dengar pun teori ni, minum kaffein boleh kecilkan payudara? Kalau macam tu dah lama orang yang ada masalah terlebih saiz tu dah kecil cuma minum kopi.

Ia mula kecoh apabila  pengguna Twitter ini kongsikan satu info bahawa pengambilan kaffein ini boleh mengecilkan payudara. Nak tahu apa signifikasinya? Baca thread ini.

 

Kandungan kafein dalam kopi dapat membakar lemak sehingga dapat menyusutkan ukuran payudara.

Menurutnya, salah satu bahagian yang paling banyak lemak dalam badan wanita adalah payudara. Jadi, dengan pengambilan kaffien yang berfungsi sebagai pembakar lemak, ia sekaligus mengecilkan payudara.

Kaffein
Sumber : twitter

 

Kaffein bahan terkenal untuk memecahkan lemak dan juga meningkatkan kadar metabolisme

Kaffein2

 

Berkesan bagi mereka yang mengalami masalah lebih berat badan

Kaffein3

Kaffein membakar lemak? Betul ke? Terpanggil dengan teori mitos ini, gadis yang dikenali sebagai Iman Tanita ini tampil menepis dengan memberi fakta sebenar berkenaan dengan penggunaan kaffein ini.

 

Ini bukan lucah tapi menyesatkan..

Menurutnya, dia pernah minum kopi tanpa gula tapi makan tak dijaga berat badan dia semakin meningkat.

Biarpun berat badannya kini semakin menurun walaupun masih minum kopi, kunci rahsianya adalah jaga makan dan melakukan aktiviti fizikal, bukan lah disebabkan kopi.

Selain itu baginya, pembakaran lemak tidak akan terjadi pada bahagian spesifik tubuh badan bahkan kopi langsung tak meningkatkan metabolisme badan.

Kaffein4

 

Sembang macam kau minum kopi badan kau terus bakar semua lemak sampai tekcik..Dilarang bodoh

Kaffein5 Kaffein6

 

Dalam pada itu seorang personal trainer juga berikan respon bahawa dakwaan ini semata-mata. Menurut Coach Zainul Arifin, pengambilan kopi ini tak ada langsung kena mengena dengan pembakaran lemak.

 

Jangan misleading sangat boleh? – Jurulatih peribadi 

Apa yang disampaikan hanyalah misleading sahaja, berdasarkan thread tersebut, individu itu cuba kemukakan bukti dan fakta kononnya banyak supplement sukan mengandungi kaffein.

Walau bagaimanapun Coach Zainul Arifin menjelaskan bahawa fungsinya bukanlah untuk membakar lemak, tetapi sebagai booster untuk mendapatkan tenaga apabila ingin bersenam.

Kaffein7

Aduhai, kalau ya pun cuba lah bagi teori berdasarkan fakta, andai kata nak jadikan sebagai strategi pemasara perniagaan produk sekalipun, jangan salah overclaimed sangat. 

 

Baca : Betul Ke Susah? Lelaki Tegur Sikap Masyarakat Hidup Mewah Dan Minum Kopi RM13 Secawan

Kopi