in

“Ini baru durian runtuh”- Viral Pemuda Jual Durian Sebiji RM500, Tak Sangka Ada Menteri Call Nak Beli

Fi Durian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, satu video dah viral menunjukkan seorang pemuda dikenali Wan Mahussain Wan Zain nak jual durian kampung yang ditanam depan rumahnya dengan harga RM 500 dengan alasan buah tu gugur tak jejak tanah.


Durian kampung sampai beratus ringgit? Tapi kisah sebenarnya agak menyedihkan, memang betul tak jejak tanah tapi dia ‘jejak’ atas kereta Wan Mahussain dan menyebabkan tingkap keretanya pecah.

Durian 5

Durian 4

Teruk ya keadaan kereta tu.

 

Menteri call nak beli

Bagaimanapun, Wan Mahussain mendapat panggilan dari seorang individu kenamaan yang nyata mengejutkan dia.

Nyata, posting pemuda tersebut menarik perhatian Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan yang sanggup nak beli buah berkenaan darinya.

Durian 6

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, Wan Mahussain ada berkongsi screen shot perbualannya bersama Ahli Parlimen Tapah berkenaan di aplikasi WhatsApp yang menyatakan niatnya untuk beli durian dari pemuda tersebut.

Wan Mahussain menjelaskan, sebenarnya dia dah makan buah tu tapi beliau tetap minta nombor akaun lelaki berkenaan sebab nak bagi sumbangan.

“Terkejut tiba-tiba dapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, katanya hendak beli durian viral atas cermin kereta saya.

“Saya jawab yang saya dah makan dan tanya tuan daripada mana? Beliau jawab daripada kerajaan, terkejut jugak, bila disemak rupa-rupanya YB Datuk Seri M. Saravanan Murugan, Menteri Sumber Manusia.

“Beliau minta nombor akaun dan sumbang untuk menampung kos… Rezeki saya hari ini,” tulis Wan Mahussin.

Durian 3 Durian 2

Mantap betul menteri macam ni! Kuranglah sikit beban lelaki tu musim PKP ni.

 

Baca : Netizen Terbahak Tengok Lelaki Ini ‘Jual’ Durian Kampung RM500 Sebiji, Rupa-rupanya…

3Durian

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Malaymail
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.