in

“Ini anak siapa ni?” – Gadis Indonesia Kena Bash Sebab Posing Terkangkang Ambil Gambar Atas Kubur Cina

Kubur Cina

Tak kiralah kita dari negara mana sekalipun, kita dipupuk untuk sentiasa menghormati sensitiviti agama serta kaum lain. Bukan setakat menghormati tempat ibadah tapi juga termasuk kawasan perkuburan.

Ingat tak haritu ada kes photoshoot baju pengantin buat dekat kawasan perkuburan Kristian di Batu Pahat? Isu tu dah settle dah lepas owner butik tampil buat permohonan maaf.

Kubur
sumber: twitter

Tapi, terbaru ada pula seorang remaja perempuan dari Indonesia ditegur netizen lepas dia upload gambar tengah duduk atas kubur Cina.

Menurut gadis bernama Lestarii, dia memang dengan rela posing dan ambil gambar atas kubur Cina sebelum upload dekat Facebook, bukan atas arahan orang lain.

Katanya lagi, posing itu sengaja dilakukan sebab dah boring dengan posing yang biasa. Dalam gambar tu, Lestari dilihat memakai seluar jeans bersama t shirt lengan panjang berwarna kelabu dan tudung pink.

Ganti lh dulu bah uda muak itu itu aja.”
Graveyard 3
sumber: facebook

Netizen yang ternampak gaambar Lestarii rata-ratanya menasihati agar dia memadam kerana tidak elok serta akan buat ramai kaum Cina marah.

Tak lama lepas tu, Lestarii dikatakan telah pun padam posting tersebut namun ada portal sempat screenshot beberapa komen serta gambar Lestari.

Komen Kubur
sumber: wob

Alamak, sebelum buat sesuatu fikirlah dulu ye…

Baca: “Nak buat marketing pun agak-agak lah” – Netizen Berang Lihat Gambar Wanita Berbusana Pengantin Di Kawasan Kubur

Feature Image Pengantin Bodoh 2