in

Ini 11 Negara Yang Tak Selamat Untuk Wanita Yang Suka ‘Travel’ Bersendirian, Malaysia Pun Ada?

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ada antara korang yang lebih memilih untuk travel sorang-sorang berbanding dengan pergi bersama orang lain kan? Yelah, kadang-kadang tu bila plan sendiri lebih mudah untuk bergerak ikut kemahuan kita dan lebih jimat jugak.

Tapi, tak semua tempat selamat untuk korang travel sorang-sorang lebih-lebih lagi untuk wanita. Jadi, kalau korang jenis yang suka nak jalan sorang-sorang, make sure korang tengok senarai negara yang paling bahaya untuk dilawati oleh wanita dekat bawah ni.


Bagi menentukan negara apa yang paling bahawa untuk wanita yang suka travel, wartawan suami dan isteri Asher dan Lyric Fergusson telah mengkaji dan menyusun 50 negara popular yang sering dilawati melalui pelbagai sumber.

Mereka kemudiannya telah menyenaraikan setiap negara tersebut berdasarkan lapan faktor iaitu, keselamatan jalan raya untuk wanita, pembunuhan sengaja ke atas wanita, keganasan seksual, diskriminasi, jurang jantina global, indeks kesamarataan jantina dan keganasan terhadap sikap wanita. Mereka kemudiannya menyenaraikan 20 negara yang tidak selamat untuk dilawati oleh wanita secara bersendirian. Termasuk Malaysia!

Artikel berkaitan: Malaysia Negara Kedua Paling Tak Selamat Untuk Golongan Transgender – Kajian

Artikel berkaitan: Kajian Dedah 8 Negara Yang Paling Selamat Untuk Didiami Jika Perang Dunia Ketiga Berlaku

Istock 628109306

11. Malaysia

Malaysia telah memegang tangga ke-11 bagi negara yang mempunyai rating terburuk oleh keganasan rumah tangga dan isu ketidaksamaan jantina. Ini menjadikan Malaysia salah satu negara Asia paling teruk untuk dilawati oleh pelancong wanita secara solo di belakang India dan Thailand.

Menurut pasangan Fergusson, apa yang memeranjatkan mereka adalah jarak besar keselamatan di antara Singapura yang telah memasuki carta negara paling selamat untuk dilawati dengan Malaysia.

Lebih-lebih lagi dua negara ini hanya dipisahkan oleh jambatan pendek. Tapi bila tengok sejarah Singapura, barulah rasa tak terkejut sangat.”

10. Thailand

Thailand mempunyai skor yang paling teruk dalam senarai untuk keganasan terhadap sikap wanita. Selain itu, negara ini juga turut mempunyai ranking yang teruk untuk keganasan rumah tangga dan ketidaksamaan jantina.

Featured Image

9. India

India telah mencatat markah terburuk dalam 50 negara yang kami kaji untuk kategori ketidaksamaan jantina.

Ia juga mempunyai markah yang buruk dalam keganasan rumah tangga dan jurang jantina. Malangnya, hampir 90% wanita yang dirogol di India kenal dengan pelaku mereka.”

8. Maghribi

Maghribi merupakan yang paling teruk dalam senarai kami bagi kategori keganasan rumah tangga. Ia juga mempunyai markah yang buruk dari segi ketidaksamaan jantina dan jurang jantina global. Malah, keselamatan jalan raya pun teruk.

7. Mesir

Mesir disenaraikan sebagai antara yang teruk untuk jurang jantina global dan ketidaksamaan jantina.

Negara ini juga merupakan negara ke-10 paling teruk untuk keselamatan jalan raya. Ia juga mempunyai undang-undang perkahwinan dan perceraian serta wakil kerajaan yang teruk.

“Tapi, mereka cuba untuk kurangkan jurang jantina dengan memberikan lebih 600 biasiswa kepada wanita yang belajar dalam bidang perniagaan, sains, dan kejuruteraan.”

6. Republik Dominika

Republik Dominika merupakan destinasi popular untuk pelancong Amerika dan baru-baru ini terdapat berita-berita mengenai kematian misteri.

Dalam indeks kami, Pulau Carribbean ini menduduki carta ke-6 paling teruk untuk keselamatan jalan raya. Sama ada laporan dari media benar atau tidak, kajian kami menemui yang negara ini tak selamat untuk wanita yang travel bersendirian. Ia agak mengejutkan memandangkan sebelum ini kami tak pernah dengar masalah untuk pelancong yang pergi ke sana.”

5. Iran

Iran mempunyai markah paling teruk di dalam kajian Jurang Jantina Global.

Ia juga mempunyai markah yang teruk dalam kategori ketidaksamaan jantina dan diskriminasi. Salah satu perkara yang Iran mempunyai markah yang bagus adalah mereka mempunyai kadar yang rendah untuk pembunuhan secara sengaja terhadap wanita.”

Iran Solo Female Travel

4. Mexico

Tiga kategori yang mempunyai permarkahan paling teruk bagi Mexico adalah keselamatan jalan raya, pembunuhan secara sengaja dan keganasan seksual terhadap wanita bukan pasangan.

Banyak laporan berita mengatakan bahawa Mexico kini telah menjadi negara yang tak selamat untuk dilawati dan pelancong perlu duduk di kawasan resort sahaja bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.”

3. Rusia

Rusia telah mencatat markah yang rendah terhadap pembunuhan secara sengaja terhadap wanita dan keganasan seksual terhadap wanita bukan pasangan. Selain itu, ia juga negara ke-9 paling teruk untuk kategori diskriminasi terhadap wanita.

2. Brazil

Brazil mempunyai markah yang corot untuk keselamatan jalan raya dan pembunuhan secara sengaja terhadap wanita. Ia juga mempunyai prestasi yang buruk untuk kategori Jurang Jantina Global.

Malah, kerajaan US turut memberi amaran kepada pelancong untuk tidak berjalan seorang diri pada waktu malam bagi mengelakkan dari dirompak.

1. Afrika Selatan

Negara ini dikatakan memiliki markah yang rendah untuk keselamatan jalan raya dan banyak faktor-faktor lain. Tak cukup dengan itu, wanita ni sana juga dikatakan telah dilayan dengan kejam walaupun sekarang ia makin bertambah baik.

Biasanya wanita yang pergi ke sana diminta untuk tidak mendaki, memandu atau berjalan seorang diri dan perlu berkelakuan konservatif.”

Hm, korang setuju ke dengan apa yang dorang cakap pasal Malaysia tu?

Sumber: Forbes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.