in

“Ingatkan main cop-cop je” – [VIDEO] Pemuda Kongsi Kaedah Cat Tanda Jalan, Ramai Yang Pertama Kali Tengok Rupanya!

Page 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya semasa memandu atau menunggang motorsikal, kita selalu nampak tanda tunjuk arah di tengah-tengah jalan, kan? Sebagai pengguna jalan raya, pernah tak korang terfikir macam mana caranya tanda-tanda arah ini dihasilkan?


Jika korang pernah ada persoalan tu, mungkin video Tiktok yang dikongsi @apiee1004 ini mampu menjawabnya.

@apiee1004

Abang saya tak tera bang tapi saya try ?#fypシ #fyp #roadmarkingmalaysia #kerjakeras #AWT #ipohperakmalaysia

♬ original sound – ???? ????? – ???? ?????

Melalui video berdurasi seminit ini, kita dapat lihat aksi sekumpulan pekerja menjalankan proses road markingDalam video tersebut, mereka dilihat sedang menghasilkan tanda anak panah untuk jalan simpang ke kanan dan kiri.

Proses itu bermula dengan merangka tanda anak panah menggunakan kapur dan pembaris, dilukis teliti oleh salah seorang pekerja. Mereka kemudiannya membawa sebuah mesin yang menghasilkan cat All Weather Thermoplastic (AWT), di mana mesin itu perlu ditolak mengikut rangkaan yang telah dilukis sebelum itu.

New Awt Add 1 1466X447 1

Untuk garisan pada anak panah itu, mereka perlu menolak mesin tersebut sebanyak dua kali agar ia membentuk garisan yang lebih tebal. Manakala bentuk segitiga di hujung tanda pula dilapik dengan kadbod terlebih dahulu untuk memastikan cat tidak terlebih dari rangkaan asal.

Video ini menerima lebih 80 ribu jumlah like di Tiktok, di mana rata-rata netizen menyatakan bahawa ini kali pertama mereka melihat proses itu secara terperinci. Ada juga yang mengaku selama ini mereka sangka proses ini hanya sekadar sekali ‘cop’ saja.

1 7Cop4 2 3 7 2 7

Haa… Min pun baru hari ni tahu tentang proses ni. Setiap hari kita belajar benda baru di media sosial ni, kan?

BACA: “Kukuh ke” – [VIDEO] Viral Netizen Pertikai Jurutera Buat Jalan Pakai Buluh Je, Ini Penjelasannya…

4 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.