in

“Ingatkan jiran…” – Tengah Syok Main Muzik, DJ Terkejut Beruang Datang ‘Intai’ Kat Pintu Rumah

Feature 2 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak rumah korang dikunjungi oleh binatang liar? Kalau pernah, apa yang korang akan buat kalau tiba-tiba haiwan macam babi hutan ‘singgah’ rumah korang?


Itu lah yang berlaku pada seorang DJ di Amerika Syarikat ni. Masa dia tengah syok main muzik, tiba-tiba beruang liar berwarna hitam datang ‘intai’ kat pintu rumah, lapor Daily Mail.

Bear 1

Difahamkan, Jody Flemming sedang membuat persembahan muzik online secara live streaming ketika kejadian tu berlaku.  Mungkin beruang tu pun nak join dengar jugak kot. 

Beruang liar itu dikatakan telah ‘singgah’ di rumah lelaki yang berusia 50 tahun itu yang terletak di kawasan pergunungan Asheville, Carolina Utara. Korang boleh tengok video tu kat sini.

Pada mulanya, dia tak perasan pun ada haiwan kat pintu sebab dia tengah busy buat persembahan online. Kedudukan dorang pula hanya dipisahkan oleh pintu. Bayangkan kalau tiba-tiba bear tu bertindak ganas dan pecahkan pintu, tak tau lah apa jadi. 

Bear 2

Flemming memang ada ternampak bayang-bayang dari pintu tersebut, tapi dia ingatkan bayang-bayang tu milik jirannya. Namun, bila dia toleh ke belakang untuk bukak pintu, rupanya beruang yang datang ‘jenguk’. 

Namun, Flemming dengan tenangnya menghalau beruang tu dan dia ambik phone untuk snap gambar. Kalau admin, mungkin akan kecut perut dan panggil bomba kot. 

Bear 3

Haiwan liar tersebut kemudiannya lari lepas ada kereta yang lalu di kawasan tu. Video yang sempat dirakam oleh Flemming juga telah viral lepas dimuat naik oleh DJ tu sendiri di Instagram.

Untuk pengetahuan korang, beruang hitam juga sebenarnya adalah lebih berbahaya berbanding spesies brown bear. Difahamkan, haiwan ni akan menyerang manusia jika berada dalam jarak yang terlalu dekat.

Namun, kejadian seumpama tu bukanlah perkara yang pelik sebab beruang hitam sememangnya banyak di kawasan Carolina Utara.

Baca: “Tak mainlah kucing” – Pak Arab Ini Slamber Je Main Kejar-kejar Dengan Beruang Curi Perhatian Netizen

Bear

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.