in

“Ingatkan hiasan je” – Netizen Teruja Tengok Mall Di Singapura Ada Laluan Khas Untuk Basikal

Ft Laluan Berbasikal Funan Mall

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Singapura sememangnya terkenal dengan pelbagai tarikan-tarikan yang menarik, up-to-date, dan selalu memenangi hati para pelancong dengan pelbagai inisiatif untuk mempromosikan dan memeriahkan lagi industri pelancongan negara berkenaan.

Sebagai contoh, baru-baru ini seorang pemandu pelancong yang menggunakan nama Wat D di TikTok telah berkongsi suatu inisiatif dan aktiviti yang sangat menarik untuk dilakukan di Singapura.


Artikel berkaitan : Tom & Jerry Berebut Durian? Kartun Kegemaran Ramai Ini Bakal ‘Pusing’ Satu Singapura Sempena Siri Khas

Artikel berkaitan : Ini Mungkin Sebab Kenapa Artis Luar Negara Lebih Suka ‘Perform’ Di Singapura Berbanding Malaysia…

Menurut lelaki tersebut, sebuah pusat beli belah di Singapura iaitu Funan Mall yang dahulunya terkenal sebagai pusat tumpuan untuk membeli barangan elektronik dan keperluan IT tersebut telah menjalani proses makeover. 

@wat.d83 Cycle thru Funan Mall to Chinatown. Experience it yourself!? #sgtouristguide #touristguide #guides #stb #letsgotour #cyclingtour #fyp #chinatown #funanmallsg #kgglam #hstour ♬ original sound – Wat D

Kini, pusat beli belah itu berubah menjadi sebuah pusat beli belah yang menawarkan pelbagai pengalaman lengkap untuk para pengunjung termasuklah mempunyai sebuah taman di atas bumbung, ruang kediaman dan paling menarik, laluan khas untuk berbasikal!

Menurut perkongsian Wat D, pada awalnya dia pun tidak perasan tentang laluan khas untuk basikal menembusi Funan Mall. Untuk menggunakan laluan tersebut, penunggang basikal boleh memasuki mall berkenaan melalui pintu masuk yang terletak di North Bridge Road.

Tambahnya lagi, laluan tersebut hanya boleh digunakan bermula jam 7 pagi hingga 10 pagi.

69271529 2536095723137835 7757685417410822144 N

Dalam masa yang sama, pengguna dinasihatkan untuk mengikuti peraturan laluan berbasikal tersebut iaitu had kelajuan yang dibenarkan hanyalah 10km/h dan laluan itu hanya sehala. Jadi pengguna akan masuk dan keluar di pintu yang berlainan dan tidak dibenarkan untuk berpatah balik.

Sepanjang perjalanan yang mengambil masa sekitar beberapa minit tersebut, penunggang basikal akan melalui beberapa restoran dak kafe sebelum keluar yang membolehkan pengguna basikal untuk ke North Bridge Road semula atau ke Chinatown.

Nampak menarik kan? Teringin pulak nak ada kemudahan atau tarikan yang sama dekat Malaysia! 

Sumber : TikTok

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.