in

Ingat Bobo lagi? Ini Perkembangan Terkininya Selepas Lama ‘Hilang’ Di Media Sosial

Bobo4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini ingat Bobo lagi? Dia antara orang yang pernah viral sekitar tahun 2009 ke 2011 dengan aksinya mengibas lambut sambil lip sync lagu Sayang daripada Shae, namanya terkenal di alam maya sehingga dipanggil ke program TV.


Tapi setelah sekian lama, pasti korang akan tertanya-tanya perkembangan terkininya selepas dah lama ‘hilang’ kan? Video lama itu mula ‘naik’ semula di aplikasi TikTok selepas ada pengguna mula tertanya-tanya khabarnya.

Kalau ada yang dah lupa atau korang anak muda yang tak pernah dengar, tengok video kat bawah ni.

 

Leher dia ok lagi ke? Kot terkehel lepas buat video ni”

Terpanggil dengan pertanyaan ‘khabar’ individu tersebut, Bobo atau nama sebenarnya Muhammad Farezzul ini tampil beri respon menerusi fungsi duet pada video tersebut dengan melakukan aksi yang sama. Nah ini dia sekarang.

 

Request anda diluluskan, Alhamdulillah leher masih virgin hahahahha”

Untuk pengetahun Bobo kini dah berumur 27 tahun dan dia kini bekerja sebagai seorang waiter di sebuah restoran di Melaka.

Dia yang berasal dari Johor Bahru itu kini menetap di bersama keluarganya di Melaka. Ketika Team Lobak Merah menghubungi Bobo, dia kini masih melakukan video-video lucu tetapi kebanyakkannya ia dibuat menerusi akaun @theonlyonebobo di aplikasi TikTok.

Selama dia ‘mendiamkan diri’, Bobo akui ada pengguna Instagram lain yang muat naik semula videonya, namun ada khabar angin mengatakan…

 

Diaorang semua cakap bobo dah meninggal…sampai keluar Kat page fb hahahaha..”

Bobo

Kata Bobo lagi, dia mendapat khabar itu daripada rakan-rakannya dan dia memilih untuk mendiamkan diri sehingga perkongsian itu telah dipadamkan.

“Masa tu Bo tak respon pon sampai owner tu delete balik video Bo. (Kalau) tak silap pastu dia tulis kat story sedekahkan al-fatihah bagai hahahaha bBo lupa la page mana.”

Walaubagaimanapun, Bobo tidak melatah dengan khabar angin yang diberikan itu.

 

Baca : “Lalu tepi Sekolah Agama, tengok budak syok joget Bobo Di Mana”

Bobodimana

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.