in

INFLUASIA Kini Lebarkan Sayap, Perkenal BUZZER Sebagai Platform Pemasaran Influencer Paling Onz!

Huh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa media sosial kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Era dunia digital yang bergantung kepada platform ini, kini telah ‘melahirkan’ ramai influencer atau personaliti media sosial.


Sebagai fakta, pemasaran influencer ini bakal menjadi industri berbilion dolar pada masa yang akan datang.

 

Buzzer : Platform Pemasaran Influencer Terkini!

Jadi, sekiranya anda kini sedang mencari pasaran influencer yang luas, bawa bertenang, Buzzer kini sedia ada untuk membantu anda!

Buzzer merupakan satu platform media sosial yang sedang meningkat naik dan mensasarkan untuk menjadi sebuah agensi pemasaran influencer terbaik di Malaysia.

Buzzer diasaskan oleh INFLUASIA, iaitu syarikat yang diasaskan oleh dua anak muda berjiwa besar Chris Khristie dan Michelle Tan yang turut pernah tersenarai dalam 30 Under 30 – Asia – Media, Marketing & Advertising 2019.

Bagi yang tidak tahu, INFLUASIA merupakan ‘ibu’ yang menempatkan beberapa laman sosial media tempatan yang popular seperti NOODOU, IRL, WORLD OF BUZZ dan sudah semestinya Lobak Merah!

Company

 

Guna Al-powered dan teknologi berasaskan data

Di BUZZER, fokus utamanya adalah untuk memperkuatkan penyampaian mesej utama klien dan nilai penjenamaannya melalui kempen pengaktifan servis yang telah dirancang secara total sehingga berjaya.

Sering kali klien dan juga brand menghadapi masalah untuk berhubung dengan influencer atau Key of Leads (KOL) yang tepat. Antaranya,

  • Influencers atau KOL membeli followers palsu
  • Kadar perhubungan atau tarikan yang rendah
  • Asas followers yang tidak sesuai (Jenama gaming berhubung dengan KOL yang mempunyai followers yang lebih berminat ke arah produk kecantikan berbanding gaming)

Jadi untuk mengatasi masalah ini, BUZZER telah menggunakan:

  • Semakan penipuan menggunakan teknologi Al-powered untuk mengenal pasti audiens influencer
  • Menyediakan lebih daripada 35 metrik penyasaran kerelevenan audiens

Penggunaan teknologi yang meluas ini akan menyediakan hasil terbaik antara yang terbaik. Dalam masa yang sama juga dapat mengoptimumkan penggunaan bajet yang disasarkan.

Buzzer Insight

 

Lebih daripada 49,000 pangkalan data influencer tempatan

BUZZER juga mempunyai pangkalan data yang mencecah lebih daripada 49,000 influencer tempatan yang yang sesuai dan tepat untuk bidang masing-masing bagi meluaskan penjenamaan.

Bukan itu sahaja, BUZZER juga turut memberikan nasihat mengenai penyelesaian terbaik untuk jenama anda berdasarkan bajet dan matlamat pasaran anda tak kiralah sama ada perhubungan KOL secara nano, mikro, makro atau mega, malah boleh juga melibatkan gabungan antara kesemuanya sekali!

Apa yang boleh ditawarkan oleh BUZZER?

BUZZER berbangga untuk menyediakan 360° solusi pemasaran influencer termasuklah pelbagai servis menarik seperti:

  • Postingan imej – Klien boleh menjangkau sehingga ke seluruh generasi milenial melalui visual yang memikat serta mesej yang jelas yang disiarkan oleh content creators yang paling onz.
  • Postingan video – Klien juga boleh memilih untuk memasarkan kempen mereka melalui bentuk video yang lebih menarik dan interaktif.
  • Duta besar – Melalui senarai Influencer yang pelbagai, klien boleh membuat pilihan untuk melantik duta yang benar-benar sesuai dengan identiti, nilai dan etika jenama mereka.
  • Program Rangkaian Buzzer – Program ini membenarkan klien untuk mewujudkan komuniti influencer yang aktif secara konsisten dalam mengumpulkan penyokong yang bersemangat terhadap jenama.
  • FAM Trip – Klien boleh memilih content jangka panjang dengan merancang perjalanan yang tidak boleh dilupakan bersama KOL yang dapat menjamin kesan segera.
  • CSR Community – Strategi yang berkesan ini dapat membina satu identiti yang menarik dan positif kepada klien disamping dapat menganjurkan nilai-nilai dan kelestarian yang baik.

1233

 

Bagaimana BUZZER meluaskan penjenamaan anda?

Melalui servis BUZZER ini, klien akan diperkenalkan kepada satu pengalaman yang bebas dari segala kerumitan melalui bantuan daripada pakar-pakar terbaik dalam industri, dalam usaha untuk menavigasi dunia pemasaran influencer.

Bukan itu sahaja, pakar-pakar ini juga dapat membantu untuk merancang strategi berkempen terbaik melalui penggunaan teknologi penyasaran terkini agar klien dapat menjangkau audiens yang tepat dan terbaik untuk setiap jenama.

Tambahan pula, klien juga mendapat akses yang mudah kepada influencer dan KOL yang paling popular dan dikenali ramai di Malaysia yang telah disahkan mempunyai audiens yang asli melalui teknologi penyemakan penipuan Al-powered yang dibuat.

1222

Portfolio setiap creators juga adalah meluas sehingga mencecah lebih daripada 49,000 influencers tempatan yang terbaik yang terdiri sama ada influencer nano, mikro, makro malahan terdiri juga daripada para selebriti di Malaysia termasuklah 9 juta nama lain yang terkandung dalam pangkalan data global mereka.

Melalui kempen yang pastinya akan memberi hasil yang berkesan melalui strategi berfokus Return on Investment (ROI) ini, BUZZER telah berjaya mengembangkan lagi senarai pelanggan yang terdiri daripada industri-industri terkemuka seperti Astro, Huawei, Boost, Mamee dan pelbagai lagi.

Oleh itu, sekiranya anda sedang mencari satu platform penyelesaian pemasaran influencer, BUZZER sentiasa bersedia untuk dihubungi untuk memulakan kempen yang paling menarik dan memberi kesan untuk jenama anda melalui influencer dan content writer terbaik Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan atau mengetahui lebih lanjut mengenai Buzzer, terus ke laman web mereka di sini.

 

Baca : “Umur belum 30, Tapi Profit Dah Berjuta” ; Kisah Jatuh Bangun 2 Individu Sebelum Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30

123

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.