“Indonesia guna khidmat toyol untuk curi bola”- Ustaz Tunjukkan ‘Jelmaan Hijau’ Dalam Kalangan Penyokong Indonesia

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Semalam perlawanan tumpuan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil babitkan pasukan Malaysia dan Indonesia.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe menang 2-0 menentang Indonesia sekaligus naik satu anak tangga dengan berada di tempat kedua Kumpulan G…good job Malaysia!

Tapi tak sangka pula yang rupanya Indonesia ni guna ‘sesuatu’ dalam perlawanan malam tadi seperti yang dikongsikan lelaki ini di facebook.

 

“Kemunculan makhluk hijau dalam kalangan penyokong Indonesia, rupanya…”

Dapat dikesan dgn mengunakan pancar indera keenam saya, Kelihatan indonesia mengunakan khidmat toyol disitu untuk mencuri bola.. Insya Allah sy cuba serang dari Jauh.. Ayuhhh saka harimau serang…🐯

Posted by Norazri Medzlan on Tuesday, November 19, 2019

Cehh! Penulis ingat betullah ada ‘makhluk’ dalam kalangan penyokong Indonesia rupa-rupanya penyokong yang mewarnakan muka dan badannya dengan warna hijau.

Tercyduk sebentar penulis weh.

Pemilik posting ini iaitu Norazri Medzlan ni siap tunjukkan lagi yang makhluk hijau tu akhirnya ditangkap dan dikurung dalam sangkar harimau.

Sebab tu penalti tak masuk.. Alhamdulillah dapat tangkap.. Duduk lah kat kandang harimau ye.. Salam 🇲🇾2-0🇲🇨

Posted by Norazri Medzlan on Tuesday, November 19, 2019

Rata-rata netizen terhibur dengan posting tersebut, malah ramai yang perasan kemunculan ‘makhluk hijau’ tersebut dalam perlawanan kelayakan malam tadi.

Nasib baik la manusia, kalau bukan mau mencicit lari semua penyokong tu.

Sumber: facebook

 

Baca : Dari hutan, ladang sampai ke stadium semua dia org nk bakar- Penyokong Indonesia Baling Suar Lepas Kalah!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.