in

Individu Ini Persoal Ada Kuih Tersedia Ketika Pertemuan Antara Fahmi Fadzil & Penganjur Good Vibes Festival

F1 Meeting Penganjur Good Vibes Festival 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah kekecohan yang dicipta oleh kumpulan muzik dari UK, The 1975 ketika Good Vibes Festival di Sepang pada malam Jumaat lalu, semalam Menteri Komunikasi & Digital telah bertemu dengan penganjur festival berkenaan untuk membincangkan tentang isu terbabit.


6 2

Hasil perbincangan antara kedua-dua pihak itu telah memutuskan untuk bahawa festival yang berbaki lagi dua hari telah dibatalkan dan pengunjung akan diberikan refund untuk tiket yang telah dibeli oleh mereka.

Walau bagaimanapun, kuih-muih iaitu kuih lapis dan karipap yang disediakan di atas meja ketika pertemuan tergempar antara menteri dan penganjur Good Vibes Festival itu telah dipersoalkan oleh seorang individu di Twitter.

1 2 2

“Lol last minute meeting on a Saturday sebab nak marah organiser pun mesti ada karipap and kek lapis. Government things never change,” tulis individu berkenaan di Twitter.

Namun, warganet lain tampil memberi pendapat bahawa di Malaysia, budaya menyambut tetamu yang datang memang diamalkan secara meluas di negara ini, jadi penyediaan kuih-muih di atas meja adalah tanda pihak menteri melayan dan menyambut baik kedatangan pihak penganjur festival berkenaan untuk berbincang tentang isu kumpulan muzik dari UK itu.

Ada juga yang berpendapat, lagipun makanan yang dihidangkan itu hanyalah kuih-muih tradisional dan bukannya makanan mahal seperti daging Wagyu atau nasi biryani.

2 1

Kuih-muih seperti karipap dan kuih lapis itu juga boleh dibeli dengan mudah sebab dekat gerai tepi jalan pun ada orang jual kan terutamanya kalau waktu pagi.

5 2

4 3

Apa pula pendapat korang?

Baca: The 1975 Digam, Hina Kerajaan Malaysia & Buat Aksi Tak Senonoh Atas Pentas Ketika Konsert Di Sepang

The 1975

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.