in

Iman Tang Nafi Sindir Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, Kenyataan Ditujukan Kepada Konsert Lain

syaz ft 2026 01 13T124857.133

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia hiburan tanah air baru-baru ini dikecohkan dengan teka-teki mengenai hubungan antara Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan seorang individu yang sinonim dengan penganjuran konsert tempatan, Iman Tang.

Isu ini bermula apabila Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi, memberikan respon terhadap pertanyaan netizen di aplikasi Threads mengenai satu hantaran yang dikatakan menyindir kualiti persembahan beliau yang dianggap membosankan dan sekadar mengulang konsep yang sama.


Artikel berkaitan: “Ini bukan sekadar gimik” –  Pengurus Dedah Siti Nurhaliza Guna Teknologi ‘Toaster’, Papar BTS Di Sebalik Lompatan Viral

Artikel berkaitan: “Akak ke Tokti yang perform?” –  Netizen Teruja Lihat ‘Outfit’ Sitizoners Sempena Konsert Siti Nurhaliza Sabtu Ini

cats 9

Siti dalam reaksinya meluahkan rasa musykil serta tertanya-tanya apakah kesalahan yang telah beliau lakukan sehingga menjadi sasaran sindiran tersebut, memandangkan beliau sendiri tidak pernah menerima sebarang tawaran kerjasama daripada pihak berkenaan sebelum ini.

Meskipun dalam keadaan bingung, penyanyi tersohor itu tetap tenang malah sempat berseloroh dengan memetik bait lirik lagu popularnya, Jerat Percintaan, sebagai jawapan kepada situasi yang melanda.

Walau bagaimanapun, Iman Tang tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa kenyataan “bosan” yang dimuat naik di Instagram Story miliknya itu ditujukan kepada Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza.

Menerusi mStar, beliau meluahkan rasa pelik apabila dituduh sedemikian oleh peminat sedangkan beliau langsung tidak menyebut nama mana-mana pihak atau acara secara spesifik dalam hantaran tersebut.

Tambahnya, Iman menyifatkan konsert dibawakan Siti cukup dahsyat kerana berjaya membawa industri seni ke tahap yang lebih tinggi.

“Konsert Siti akan menjadi satu benchmark baru untuk penyanyi dan penganjur lain melakukan konsert yang lebih hebat. Sama juga dengan visi saya dalam Icon Entertainment,” katanya.

Menurut Iman, luahan peribadi yang dibuat sebenarnya ditujukan kepada sebuah konsert lain yang menerima kritikan teruk pada hari tersebut.

Sumber: mStar, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.