in

“I’m sorry Malaysia” – Pelari Pecut 100M Malaysia Tersingkir Kerana ‘False Start’

Untitled Design 2022 05 19T102356.180

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi topik bualan hangat semalam apabila pelari pecut 100M disingkirkan dari heat 1 atau peringkat saringan, perkara tersebut tular di Twitter sehinggakan ramai yang merasakan terdapat sedikit ketidak adilan di situ.


Bagaimanapun, Ketua Jurulatih Olahraga, Mohd. Manshahar Abdul Jalil mengesahkan bahawa pelari pecut muda negara, Muhammad Azeem Fahmi sah melakukan ‘false start’ pada saringan 100M dan terdapat bukti yang kukuh untuk perkara itu.

Disebabkan perkara itu, ‘hatrik’ pingat emas sukan tersebut terpaksa dilupakan, Manshahar menjelaskan pihak mendapat bukti jelas daripada pengarah teknikal, juri dan pengadil yang mendapati Azeem dikesan melakukan kesilapan di blok permulaan sebelum tembakan pelepasan dilakukan.

“Tindakan pertama yang saya lakukan ialah mengarahkan pengurus pasukan untuk membuat bantahan awal.

Saya terus ke bilik juri dan memaklumkan kepada seorang pegawai untuk memanggil pegawai teknikal direktor untuk menjelaskan kenapa perkara itu berlaku.

Pengurus pasukan, jurulatih pecut, jurulatih Poad Md Kassim, jurulatih Balachandaran pun ada. Saya tiada masalah mengenai bayaran untuk membuat protes, tetapi saya perlu mendapatkan bukti video. Paling penting sekali digital reaksi bagi semua peserta berkenaan false start tersebut.”

Menurut laporan Utusan, difahamkan Azeem keluar lebih awal dan kakinya tidak jejak di blok permulaan sebelum atau seketika sebelum tembakan pistol dilepaskan.

Azeem menerusi Twitter miliknya juga meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas insiden tersebut.

Sebagai info, Malaysia mendominasi acara olahraga itu dalam dua edisi lalu, di mana Khairul Hafiz Jantan memenangi pingat emas di Kuala Lumpur pada 2017 sebelum Haiqal Hanafi mempertahankannya di Filipina pada 2019.

Come back, stronger Azeem! 

Baca: Terpilih Jadi Bidan Terjun, Atlet Lari Pecut Masuk Acara Lompat Bergalah & Raih Emas!

Untitled Design 2022 05 19T101910.074

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.