in

“I’m 27, I have no debt” – Dulu Pereka Grafik Kini Petani, Kisah Gadis Ini Cetus Inspirasi Netizen

Untitled Collage 67

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang membayangkan, satu hari nanti nak tinggalkan kerjaya yang korang miliki sekarang ni dan beranikan hati untuk ceburi sesuatu yang dah lama diimpikan? Macam seorang gadis ni — dulu pereka grafik, sekarang beliau pilih untuk bertani!


Kisah ini dimuatnaik tuan empunya badan sendiri, Nuraishah Shamsuddin di laman Twitternya baru-baru ini — sehingga mencuri tumpuan media tempatan.

Sebenarnya, tak semua orang ada kekuatan untuk buat perubahan 360 darjah macam tu dalam hidup mereka. Mana tidaknya, ada kerjaya dan pendapatan tetap. Tapi kita tidak tahu, di sebalik itu semua datang bersama tekanan dan bebanan kerja yang maha hebat.

Lama-kelamaan, kita akan mula mengimpikan sebuah kehidupan yang sederhana sahaja. Bak kata gadis ini, less is more

Nur1

Nur2

Gadis yang berasal dari Teluk Intan, Perak itu merupakan pemegang ijazah sarjana Pengurusan Sejarah Kesenian dan Kebudayaan dari Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Katanya kepada Bernama, alasan beliau berhenti kerja adalah untuk menjalani sebuah kehidupan yang bebas daripada tekanan.

Nur3

Malah, sejak mula bertani — diet pemakanannya turut berubah dan beliau mula mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian.

Nur4

Difahamkan, setakat ini beliau berjaya menghasilkan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan dan antarabangsa seperti avokado Australia, mulberi Eropah, terung, salad, bayam, kubis kerinting, tomato, ketumbar dan pasli.

Dan selain untuk kegunaan keluarga, hasil taninya akan dijual secara dalam talian bermula dari harga RM2 hingga RM37.

Nur5

Nur6

Perkongsian Nuraishah mendapat hampir 31k retweet di Twitter, dan ramai yang turut berkongsi rasa kagum mereka terhadap keberanian gadis ini melakukan revolusi dalam hidupnya sendiri.

Semoga kisah ini dapat mencetus inspirasi ramai!

 

Baca: “Semoga Tuhan lindungi mereka” – Tiga Pemuda Tawar Diri Beri Makan Pada Kucing Jalanan Sekitar Perlis Sepanjang Tempoh PKP

Kuc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.