in

‘Ikan Duyung’ Alami Detik Cemas Hampir Lemas Lepas Ekor Tersangkut Dalam Akuarium

F3 Ekor Ikan Duyung Tersangkut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanak-kanak memang ramai yang suka dengan watak ikan duyung dalam filem Disney The Little Mermaid kan. Kadang-kadang tu bukan budak-budak je yang suka, orang dewasa pun suka kan.


Baru-baru ini, seekor ‘ikan duyung’ telah menjadi perhatian ramai apabila ‘ekornya’ tersangkut di dalam akuarium ketika sedang membuat persembahan untuk pengunjung di dalam sebuah tangki akuarium di Afrika Selatan.

Ikan duyung itu bukanlah ikan duyung sebenarnya sebaliknya ialah seorang wanita yang memakai kostum ikan duyung kerana dia bekerja sebagai mermaid untuk menghiburkan pengunjung akuarium terutamanya kanak-kanak.

Memetik laporan The Sun, ‘ikan duyung’ yang dikenali sebagai Gabriela Green-Thompson Kay sedang membuat persembahan dalam air sebelum kejadian ekor tersangkut itu berlaku.

Namun, ketika dia mahu berenang untuk naik semula ke atas permukaan air, tiba-tiba dia tidak dapat berbuat demikian kerana kostum ekornya tersangkut pada objek seakan batu atau terumbu karang yang ada di bawah kawasan akuarium besar itu.

Artikel Berkaitan: Cubaan Menyorok Gagal, Abang Terpaksa Tunai Permintaan Adik Jadi ‘Ikan Duyung’

Artikel Berkaitan: 7 Kisah Hitam Disebalik Filem Disney, Rupanya ‘Happy Ending’ Tak Wujud Pun!

Untuk menyelamatkan diri sebelum lemas, dia cepat-cepat menanggalkan kostum ekornya itu supaya dia dapat segera naik ke permukaan air.

Korang boleh tonton video TikTok yang dikongsikan oleh mermaidzing tentang pekerjaan sebagai mermaid performer.

@mermaidzing

#stitch with @Majoriti Official My explanation as mermaid performer. #tiktokmalaysia #fyp #tiktok #mermaid #padimermaid #padidivers🌐

♬ original sound – Aqua Girl🧜🏼‍♀️ – Aquarium Lady 🧜🏼‍♀️

 

Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.