Pelakon dan pengacara Ifa Raziah mendakwa haknya sebagai pengguna RON95 bersubsidi telah dinafikan apabila gagal menikmati insiatif yang diberikan kerajaan ketika mengisi minyak petrol di sebuah stesen minyak di Gelang Petah.
Berkongsi perkara itu di akaun media sosialnya, Ifa menyatakan, dia sudah mengisi minyak petrol bersubsidi RON95 menggunakan kad pengenalan sebanyak empat kali dan semuanya dapat menikmati seperti biasa.
Bagaimanapun, kejadian yang berlaku baru-baru ini di stesen minyak terbabit membuatkan dia terkilan kerana harga subsidi RM1.99 seliter tidak diterima walaupun prosedur sudah diikuti.
“Baru tadi saya isi dengan IC, isi minyak RM60 sepatutnya dapat subsidi, tapi tak dapat subsidi, saya dah masukkan IC, dah tekan sepatutnya (lulus) dapat subsidi.
“Dekat mana sistem yang betulnya dekat stesen minyak ini? Sepatutnya semua warganegara Malaysia guna IC dapat hak subsidi masing-masing.
“Tapi hari ini saya isi, masih lagi tidak dapat subsidi, jadi apa masalah dia, adakah stesen minyak ini yang bermasalah atau sistem yang bermasalah,” soalnya.
@ifa_raziah INI BUKAN PERTAMA KALII SAYA ISI MINYAK MENGGUNAKAN IC DAH 4 KALI! SEMUA DAPAT SUBSIDI! TETAPI HARI INI SAYA TAK DAPAT HARGA SUBSIDI.. APAKAH PUNCANYA? DAH MENGADU KAT STATION SHELL KATANYA TAK BOLEH NAK BERBUAT APA2!! TOLONGLAH JAGA SISTEM UNTUK SUBSIDI MINYAK INI DENGAN BETUL!! JANGAN MENYUSAHKAN RAKYAT!!
Artikel berkaitan: Dapat Untung Berganda Jual RON95 Bersubsidi, Ada Rakyat Malaysia Disyaki Beri MyKad Kepada Penyeludup
Artikel berkaitan: “Biarlah kita dengan Allah sahaja” – Rakam Video Berdoa Di Tanah Suci, Ifa Raziah Ditegur Netizen?
KPDN Johor jalankan siasatan
Susulan itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo, memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca masalah yang dialami oleh Ifa, lapor Kosmo!
“Sekarang ini kita tidak tahu mungkin disebabkan masalah teknikal atau macam mana. Pihak kami sedang mendapatkan penjelasan daripada pengusaha stesen minyak tersebut.
“Kami juga berharap agar artis tersebut (Ifa Raziah) bersedia untuk dihubungi KPDN dalam membantu pihak kami dalam menjalankan siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ifa juga berkongsi bukti kelayakan mendapat minyak petrol bersubsidi dan paparan resit di stesen minyak terbabit susulan ada yang mempertikai luahannya.