Di Malaysia kita ada ‘hantu santa claus‘ manakala di Indonesia ada ‘pocong jadian’ untuk menakutkan orang ramai daripada keluar rumah berikutan pandemik Covid-19 ini. Sementara di Amerika Syarikat (AS) pula, Grim Reaper atau ‘malaikat maut’ akan menakutkan rakyat di sana untuk tetap berada di rumah.
Seorang peguam yang dikenali sebagai Daniel Uhlfelder bercadang untuk pakai kostum ‘malaikat maut’ untuk memberi amaran kepada rakyat AS supaya tidak menyerbu pantai Florida selagi mana wabak Covid-19 di sana masih di tahap yang merbahaya.
Perkara itu dikongsikan melalui akaun Twitter miliknya dimana ramai orang bertanya sama ada dia bersedia atau tak untuk pakai kostum tu mengelilingi kawasan Florida dan pantainya sebelum ianya akan dibuka.
Many of you have asked if I am willing to travel around Florida wearing Grim Reaper attire to the beaches and other areas of the state opening up prematurely. The answer is absolutely yes. Beginning May 1 we will hit the road here in state. Please retweet and spread the word. pic.twitter.com/UO7QKg161n
— Daniel Uhlfelder (@DWUhlfelderLaw) April 22, 2020
Dia bercadang untuk menjelajah pantai di Florida bermula 1 Mei ini untuk memberi amaran kepada rakyat AS tentang bahayanya kalau kumpul beramai-ramai. Dia tidak akan memakai seluar pendek seperti pakaian yang biasa orang lain pakai kalau nak pergi pantai, tapi dia akan pakai kostum grim reaper.
So, lepas ni orang AS akan tengok lah ‘grim reaper’ di mana-mana.
Setakat ini AS mencatatkan kes tertinggi di dunia mengenai wabak Covid-19 dengan catatan 886,709 kes dan 50,243 kes kematian, lapor Wordometer.
Baca : “Tu bukan hantu” – Lelaki Dedah Motif Sebenar ‘Hantu Santa Claus’ Berdiri Atas Van