Semua orang tahu negara kita mempunyai pelbagai kaum dan perayaan sepanjang tahun. Dari Hari Raya Aidilfitri, Tahun baru Cina, Deepavali, Hari Natal, Hari Gawai dan banyak lagi.
Hasil perkongsian @LeeroyTing di akaun Twitter miliknya, dia ada upload beberapa gambar patung kucing di Sarawak yang mengenakan pakaian kebangsaan mengikut tema perayaan. Cuba korang tengok sendiri gambar-gambar patung kucing tu kat bawah ni.
Menarik. Idea sapa ni?
Sapa punya idea yang nak bagi patung kucing pakai baju-baju semua tu memang genius lah. Pandai pulak tu ikut tema. Rajin pulak tu nak pakaikan dan jahit baju tu. Admin respek!!
Admin rasa kucing tu betina sebab pakaikan saree kat dia. Tapi yang tadi pakai baju melayu. Hmm bercelaru sikit identitinya. Tapi masih comel.
Amboih time jerebu pakai topeng jerebu pulak. Pandai betul. Memang ikut trend betul.
Admin pun nampak patung kucing tu cute je. Tapi kenapa nampak macam sedih je kucing tu. Kurang dapat makanan ke?
Buat korang yang tertanya-tanya kat mana patung tu, ni ada sorang netizen share lokasi dia. Nanti kalau nampak kat sana tu, share lah dengan admin dia pakai baju apa pulak. Admin rasa sekarng mesti dia pakai baju kebangsaan cina kan, iyelah nak dekat CNY dah.
Baca: “Dia tak suka kucing biru” – Netizen Berdekah Tengok Kucing Ini Jatuhkan Replika Doraemon Tuannya