Bila tiba bulan kemerdekaan, pasti pelbagai jenis aktiviti akan diadakan di sekolah. Pertandingan pertunjukkan fesyen atau ‘fashion show’ adalah antara pertandingan yang paling ditunggu-tunggu oleh pelajar dan semestinya para ibu bapa.
Satu hantaran tular di TikTok daripada @bellanmys, menunjukkan beberapa jenis busana yang diperagakan oleh pelajar-pelajar di sebuah sekolah kebangsaan di Johor. Sangat menarik apabila melihat pelbagai jenis pakaian yang cukup kreatif dihasilkan oleh ibu dan bapa pelajar ini.
Artikel berkaitan: “Malulah kita yang normal ni” – Lelaki OKU Mental Mampu Pasang Bendera Dengan Betul, Siap Ingat Lagi Rukun Negara!
Gaun daripada plastik roti Gardenia
Yang paling mencuri perhatian netizen pastinya busana gaun yang diperbuat daripada plastik bungkusan roti Gardenia.
Bukan itu sahaja, ada juga busana kreatif yang dihasilkan daripada sampul duit raya, malah beg bungkusan minuman popular seperti Mixue, Chagee dan Beautee juga turut digunakan bagi menghasilkan sebuah gaun yang luar biasa.
Menurut @bellanmys yang juga merupakan guru di sekolah kebangsaan tersebut berkata, ‘Fashion Show’ Merdeka ini adalah pertunjukkan fesyen yang menunjukkan Jalur Gemilang dengan mengkhususkan penggunaan bahan kitar semula.
Pertandingan ini diadakan sebagai satu inisiatif untuk dijadikan rujukan dan inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam menghasilkan lebih banyak busana kreatif pada masa akan datang.
“Saya sebagai guru cuma meraikan dan menyokong hasil usaha murid-murid dan ibu bapa mereka”- katanya
Ramai netizen memuji idea kreatif ibu bapa dalam menghasilkan busana kemerdekaan yang unik untuk anak-anak mereka. Malah, ada juga yang mengatakan anugerah ‘fashion show’ ini perlu diberikan kepada ibu bapa yang bertungkus lumus menyiapkan busana-busana yang diperagakan ini.
“Anugerah ini kena bagi dekat mak bapa sebenarnya”
@bellanmys Tema Fashion Show Merdeka adalah bahan kitar semula. Antara bahannya adalah dari @gardeniamalaysia_ @CHAGEE MY @MIXUE Malaysia @BEUTEA MY @SK TMN MUTIARA RINI 2 #cikgubella #fyppppppppppppppppppppppp #jdt🔵🔴 #merdeka #kitarsemula #merdeka68 #cikgubella #belladarkchoco #sayaanakmalaysia #sayaanakmalaysia🇲🇾💕 ♬ Saya Anak Malaysia – JESBON_76
Menjengah ke ruangan komen, terdapat ramai netizen yang memuji usaha ibu bapa yang menghasilkan busana kemerdekaan ini.
Sumber: TikTok