Ibu kepada kanak-kanak Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, iaitu Ismanira Abdul Manaf, dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengabaikan anaknya sehingga boleh menyebabkan kecederaan fizikal.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Dr. Syahliza Warnoh selepas meneliti semua keterangan dalam perbicaraan dan berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, manakala pihak pembelaan pula gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan berkenaan.
Artikel berkaitan: Ismanira Didapati Bersalah Pertuduhan Abai Anak Lelaki, Zayn Rayyan
Artikel berkaitan: Ismanira Nafi Mesej ‘Lantaklah Nak Hidup Ke Nak M*ti’ Dituju Kepada Zayn Rayyan
Mahkamah turut memerintahkan supaya hukuman penjara lima tahun itu bermula dari tarikh sabitan, manakala prosiding diteruskan dengan rayuan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman yang dikemukakan oleh pihak pembelaan.
Menurut pertuduhan pindaan, Ismanira yang ketika kejadian merupakan penjaga sah kepada anak lelakinya, Zayn Rayyan Abdul Matin yang berusia enam tahun, didakwa telah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dengan cara yang boleh menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.
Sumber: Kosmo!
 
					 Syaziyah Sharif
							Syaziyah Sharif
					