Ibu Tikam Anak Lelaki 28 Kali Selepas Terdengar Bisikan Suara Ghaib

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Seorang ibu pasti akan melakukan yang terbaik untuk menjaga dan melindungi anak. Namun berbeza pula kisah permbunuhan mengerikan ini yang telah mengejutkan ramai orang.

Pada 15 Januari lalu, seorang ibu dari Indonesia yang mengalami tekanan melampau telah menikam anaknya yang berusia 2 tahun sebanyak 28 kali selepas dikatakan terdengar bisikan suara ghaib. Kejadian berlaku di Jalan Deli Tua Melayu, Deli Medan di Indonesia.

Menurut portal berita tempatan, wanita itu dikenal pasti bernama Pretty Juliana berusia 32 tahun dan dikatakan sudah lama menetap bersama abangnya, Sutan, 39, serta isterinya. Juliana berpindah selepas berkahwin akan tetapi kembali menetap bersama mereka selepas ditinggalkan suami.

Sumber: eberita

Ketika kejadian itu berlaku, Juliana mengaku ternampak bayangan seorang perompak ingin memasuki rumah abangnya itu.

Pada masa yang sama beliau terdengar bisikan suara ghaib ‘Bunuh! Bunuh! Bunuh!”

Juliana kemudian mengambil dua bilah pisau dan menikam perompak itu. Namun tanpa disedarinya, insan yang ditikam itu adalah anak lelakinya. Kesiannya…

Sumber: eberita

Anak Sutan, Jafa, 10 dan Radit, 8 terus menjerit sambil berlari ke arah ibu mereka, Melisa yang berada di luar rumah. Menurut portal itu, kanak-kanak tersebut tidak dapat mengeluarkan kata-kata akibat terlalu panik. Mereka hanya mampu menggunakan isyarat tangan dan menunjuk ke arah rumah.

Melisa kemudian masuk ke dalam rumah dan menjumpai mayat Altahir dengan usus terkeluar manakala Juliana terduduk di sebelah anaknya itu sambil memegang dua bilah pisau yang berlumuran darah. Tanpa berfikir panjang, Melisa meminta bantuan jiran dan menghubungi pihak polis.

Sumber: eberita

Keputusan bedah siasat melaporkan bahawa kanak-kanak itu mati selepas kehilangan terlalu banyak darah disebabkan kesan tikaman di bahagian abdomen dan dada.

Siasatan rasmi mendedahkan Juliana sebenarnya berhalusinasi tentang perompak cuba memasuki rumah abangnya itu. Juliana turut berkata beliau tidak membunuh anaknya, sebaliknya beliau membunuh seorang perompak.

Juliana tertekan kerana diabaikan oleh suaminya selain turut menghidap kanser. Kami cuba mengubatinya tetapi dia tetap tidak berubah” kata Melisa.

Ketika kejadian berlaku, saya keluar membeli nasi. Saya tidak sangka dia sanggup berbuat demikian. Saya percaya ada sesuatu yang menganggu fikirannya.” kata Sutan.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, Juliana mungkin tidak akan dikenakan apa apa hukuman kerana masalah mental yang dialaminya. Lebih lebih lagi, beberapa saksi mengatakan Juliana tidak pernah mengasari anaknya. Jadi, beliau berkemungkinan besar melakukan jenayah itu tanpa disedarinya.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!