Memang ngeri tapi hakikatnya itulah yang terjadi kepada anak ini pada 8 tahun lepas akibat kecuaian penolong pegawai perubatan berumur 42 tahun tersalah potong kepala zakar ketika berusia 10 tahun.
Tragedi hitam ini berlaku di Hospital Kuala Lipis. Ibunya memfailkan saman yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan difailkan pada 19 Julai tahun ini oleh firma Mohamad Zainuddin & Co.
Akibat tersalah prosedur

Pada 13 Disember 2010, pembantu perubatan yang berkerja di Hospital Kuala Lips mengkhatankan kanak-kanak itu dengan seorang pembantu.
Menerusi Malaysiakini, ketika proses mengkhatankan dibuat, pembantu perubatan itu dikatakan tersilap prosedur dan menyebabkan kepala zakar kanak-kanak itu terputus dan menyebabkan pendarahan yang banyak sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang.
Kanak-kanak tersebut ke Hospital Kuala Lipis. Ibunya mendakwa pihak pembantu tersebut cuai kerana tidak menalankan prosedur penyambungan semula.
Ibu tuntut ganti rugi RM 108,356
Bagaimanapun pembedahan penyambungan semula dilakukan di Selayang pada 8.15 malam hari yang sama. Ibu mangsa terkejut melihat kepada zakar anaknya sudah terpotong selepas 35 hari pembedahan.
Ibunya mendakwa ini adalah kecuaian pihak Hospital Kuala Lipis dalam membenarkan ponolong pegawai perubatan mengkhatankan anaknya di luar premis dan telah menyebabkan kecacatan kekal pada anaknya.
Ibunya juga dakwa defendan gagal menyediakan laporan perubatan sebenar selain menyalahkan Hospital Selayang yang hanya melakukan prosedur penyambungan semula zakar anaknya lima jam kemudian.
Dia menuntut ganti rugi khas sebanyak RM108,356 bagi kos perubatan, ganti rugi am, faedah dan kos kehakiman.
Dakwa anak tak duduk diam – Defendan

Defendan dalam pembelaannya mengaku menjalankan khatan tersebut tetapi tidak mengaku melakukan cuai dan berkata mangsa tahu risikonya. Selain itu, dia mendakwa bahawa kanak-kanak itu tidak duduk diam.
Mahkamah menetapkan 7 Disember ini untuk mendengar permohonan penolong pegawai perubatan itu untuk memfailkan afidavit sokongan bagi membatalkan saman terhadapnya.
Baca : Penjelasan Telus Doktor Ini Kenapa Sunat Bukan Menzalimi Anak Perempuan Di Malaysia Dari Sudut Islam