Kelalaian yang sementara boleh mendatangkan padah tanpa disangka.
Seorang remaja berusia 15 tahun maut selepas bahagian lehernya ditimpa dengan alat pengangkat berat selama 30 minit.
Bayangkan nak bernafas macam mana, dah tersangkut lama macam tu…
Kejadian yang berlaku pada September 2017 meragut nyawa Ben Shaw yang sedang bersenam sendirian lapor Metro
Tanpa disangka-sangka pemberat itu jatuh ke atas dirinya dan ‘tersangkut’ pada bahagian lehernya!
Kecederaan yang dialami menyebabkan mangsa dirawat selama tiga hari sebelum keluarganya bertindak menghentikan alat bantuan pernafasan atas saranan doktor.
Susulan kejadian yang menimpa anaknya itu, ibu mangsa bertindak untuk mengenakan saman ganti rugi kepada gimnasium itu kerana tidak menjalankan tugas mereka.
Menurutnya lagi, pihak gimnasium juga tidak menjalankan prosedur penting hingga menyebabkan kecederaan pada anaknya.
Kecuaian yang dilakukan oleh pihak gimnasium menyebabkan ibunya bertindak memfailkan saman sebanyak $581,000 (RM 2.4 juta) kepada pihak gimnasium.
Samanlah banyak mana pun, tak akan boleh kembalikan nyawa…
Make sure lepas ni sesiapa yang nak pegi gim tu biarlah ada pengawasan tak pun gym instructor ada sekali, tak ada lah bahaya sangat