Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun di Rusia berjaya diselamatkan selepas dikurung dan ‘diseksa’ oleh ibu angkatnya sendiri. Kanak-kanak kekurangan zat makanan ini dipercayai mengalami frostbite sehingga menyebabkan dia tak boleh berjalan, lapor Mirror.
Jiran rumah wanita berkenaan terkejut apabila mengetahui kewujudan kanak-kanak ini dan melihat dia seakan-akan ‘serigala kelaparan’ waktu diselamatkan.
Malah, rakan-rakannya juga tidak menyangka yang dia ada ambil anak angkat perempuan. Akibat daripada perbuatan wanita ini, anak angkatnya tidak ada perkembangan sehingga dia berusia 3 tahun dan beratnya juga tak sampai 20 kg.
Menurut laporan, dia tidak boleh makan, bercakap, berjalan dan tidak dilatih untuk menggunakan tandas walaupun sihat sepenuhnya waktu meninggalkan rumah anak yatim di Bryansk enam tahun yang lalu.
Wanita ini juga mempunyai anak kandung yang sebaya dengan anak angkat mereka tapi mendapat layanan yang sangat berbeza seperti bersukan, mengikuti kelas gimnastik dan selalu dibawa ke teater dan muzium.
Oleh itu, wanita ini ditahan kerana disyaki ‘menyeksa’ anak angkatnya dan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ibu angkat.