in

“Ibadah agung”- Ini 4 Amalan Yang Boleh Dilakukan Pada 10 Malam Pertama Zulhijjah

Featured 19

Selain Ramadan dan Syawal, bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan Islam yang dinanti-nantikan kehadirannya dan kebiasaannya bulan ini jemaah pastinya berpusu-pusu ke Makkah bagi menunaikan ibadah.

Bagaimanapun tahun ini Zulhijjah disambut sedikit berbeza dari kebiasaan ekoran penularan pandemik Covid-19 yang dilihat masih berada di tahap yang membimbangkan.

Namun itu tidak bermakna kita tidak boleh memanfaatkan sebaik-baiknya bulan yang mulia ini.

Firman allah dalam Surah Al-Fajr ayat ke-2 :

“Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).”

Malah Rasulullah pernah bersabda :

“Tidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah).” Mereka berkata; Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah? Baginda SAW berkata: “Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun. – [HR Bukhari 969].”

 

Ini antara amalan-amalan yang boleh dilakukan pada 10 malam pertama Zulhijjah

1. Puasa

Memetik Hadis Riwayat An-Nasai (2373) meriwayatkan yang empat perkara yang tidak pernah ditinggalkan baginda Rasulullah ialah; puasa ‘Asyura, puasa sepuluh hari (bulan Zulhijjah), puasa tiga hari dalam setiap bulan dan dua rakaat sebelum subuh.

2. Berzikir

Antara amalan lain yang boleh diperbanyakkan dalam 10 hari pertama Zulhijjah ialah dengan basahkan lidah dengan zikrullah,

Subhanallah, Alhamdulillah, La ilahaillallah, Allahuakbar

Ini Bacaan Zikir Pagi Yang Bikin Kamu Dicintai Allah Qvrthjzaz7

Firman Allah swt : “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari tertentu…”- Surah al-hajj, ayat 28

3. Jauhi maksiat

Perkara ini sememangnya seringkali diingatkan khususnya kepada mereka yang sentiasa bergelumang atau mendekatkan diri dengan perkara-perkara maksiat.

Ini lah masa terbaik untuk memulakan taubat, dan menyesali atas segala perbuatan yang telah dilakukan…sebaiknya amalan ini tidak ditangguhkan.

4. Melakukan ibadah korban

Sabda baginda Rasulullah

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari Al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada reda Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban)”. – Hadis Riwayat Tirmizi (1493)

Img

Malah seluruh umat islam juga digalakkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan lain seperti memperbanyakkan sedekah, membaca al-quran, menunaikan solat sunat dan pelbagai amalan lain.

Semoga dengan kehadiran bulan Zulhijjah ini akan membawa kita kepada lembaran baharu, menjadikan kita muslim yang sejati yang lebih baik dari sebelumnya.

Inshaallah.

 

Baca : Jangan cepat menghukum sesat- Nampak Pak Arab Solat Pakai Seluar Pendek Nampak Peha, Jangan Cepat Jatuh Hukum Sebab

Baca 17