in

“Jangan cepat menghukum sesat”- Nampak Pak Arab Solat Pakai Seluar Pendek Nampak Peha, Jangan Cepat Jatuh Hukum Sebab…

FEAT 17

Umum mengetahui ada 4 mazhab yang muktabar dalam Islam iaitu Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali.

Setiap mazhab ada perbezaan dalam amalannya.

Macam kisah yang dikongsikan lelaki ini mengenai Pak Arab yang menunaikan solat dengan hanya berseluar pendek.

https://www.facebook.com/kaer.fahmi.7/posts/129343318775137

Benda ni korang akan selalu nampak dekat surau shoping Mall disekitar kuala lumpur, mahupun di surau KLIA. Dan satu lagi jangan serupa ternampak hantu bila tengok pak arab pakai seluar 3 suku, tapi isteri bertutup litup semacam ninja cuma nampak mata saja. Dalam masalah ini mereka lebih cenderung kepada Mazhab Maliki, Peha bukan Aurat. Jika ternampak pak arab yg solat pakai seluar 3 suku sampai nampak lutut selepas ini, jangan cepat sangat menghukum sesat.(Sekejap lagi pasti kena kecam Wahabi) cuma nk bagi pendedahan sikit, ataupun lebih berilmiah sikit iaitu Berlapang dada.

103077712 129325585443577 1770741405506560684 n

TAK BERMAKSUD aku sokong mahupun jadikan hujah/dalil ni untuk korang dedah aurat dan solat pakai seluar pendek pulak selepas ni. memang kena halau dengan imam,tok bilal la jawabnya. Muka jawa ada hati nk jadi pak Arab?

Aku pun malu nak menghadap tuhan dalam keadaan macam tu,sedangkan banyak aibku yg Allah tutup dengan sempurna. Dan biarlah cara mereka menghadap tuhan dalam berpakaian(aurat) bermazhab Maliki.

Harap selepas ni nampak orang lain sikit je daripada kita(Mazhab Syafie) jangan terus kecam semborono, mungkin mereka mengamalkan mazhab Hanafi, Mazhab Maliki dan Mazhab Hambali. Kerana 4 mazhab ini adalah Mazhab yang muktabar dalam islam. Sebabtu kita jangan sekat orang nk belajar bab Khilaf, nanti timbul Fitnah jika kurang ilmu.

103119508 129325605443575 323901662934731946 n

So rasanya lepas ini jangan lah cepat menghukum sebab mungkin mazhab mereka dan kita berbeza, atau jangan pulak tiba-tiba maki pak arab kat surau tu tau.

Baca : Dia nak perli wife sendiri agaknya Menteri Indonesia Dikecam Media Antarabangsa Sebab Samakan Coronavirus Dengan Isteri

BACA 14

Sumber: facebook
Sumber: facebook