in

“I’allah ada pahala menyantuni tetamu Allah”- Netizen Salute Kegigihan Petugas Tabung Haji Selongkar Tong Sampah Cari Passport Jemaah Tercicir

Featured 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar tak sedar dah tiba musim haji, yang sememangnya dinanti-nantikan seluruh umat islam.


Pada tahun ini seramai 30,200 jemaah Malaysia akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan rukun islam kelima itu.

Namun dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk, baru-baru ini viral satu video yang menunjukkan petugas Tabung Haji Travel bertungkus lumus menyelongkar tong sampah di lapangan terbang.

Rupa-rupanya…

Difahamkan kejadian berlaku apabila salah seorang jemaah mendakwa yang dia telah terbuang passportnya ke dalam tong sampah sebelum keadaan menjadi sedikit kecoh.

Dalam video berdurasi 17 saat diatas korang boleh nampak yang petugas-petugas TH gigih menyelongkar tong-tong sampah yang ada bagi mencari passport jemaah terbabit.

 

Alhamdulillah, “Akhirnya jumpa passport”…

Tapi tak lama kemudian, alhamdulillah passport tersebut berjaya ditemukan salah seorang petugas TH sebelum diserahkan kepada jemaah tersebut.

6 1
Sumber : twitter

Difahamkan jemaah tersebut terpaksa naik next flight sebab flight yang sepatutnya dinaiki jemaah tersebut sudah pun berlepas.

Yang penting tak ada flight yang batal atau delay!

Rata-rata netizen memang memuji keikhlasan dan kegigihan petugas-petugas TH menjalankan tugas masing-masing.

 

“Dia benar-benar bekerja dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab”

1 7

2 5
Sumber : facebook

 

Untuk semua jemaah, semoga mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan di tanah suci!

Baca : Pasangan OKU Penglihatan Kumpul Duit Selama 16 Tahun Untuk Tunai Haji Dengan Menjual Tisu

Haji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.