in

“I know you will do wonders” – Anak Terbit Buku Kanak-kanak Sendiri, Erra Fazira Luah Rasa Bangga

ft aleesya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak kepada primadona, Erra Fazira iaitu Engku Aleesya baru-baru ini telah menerbitkan sebuah buku kanak-kanak berbahasa Inggeris.

Perkara itu dikongsikan oleh Erra sendiri menerusi Instagram miliknya semalam dalam satu hantaran video.


Artikel berkaitan : Erra Fazira Sudah Berkahwin Secara Rahsia? Pengurus Pelakon Beri Penjelasan

Artikel berkaitan : “Jangan buat fitnah” – Erra Fazira Nafi Tahu Punca Cerai Engku Emran & Noor Nabila

“I know you will do wonders” – Erra Fazira

Dalam hantaran tersebut, penyanyi lagu Pasrah itu meluahkan rasa bangga melihat bakat anaknya terserlah biarpun baru berumur 16 tahun.

Di samping itu, Erra memohon kepada orang ramai untuk memberikan sokongan terhadap karya pertama anaknya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

“Saya sangat bangga dengan kamu, anak. Ini baru permulaan dan saya tahu kamu akan lakukan yang terbaik!

“Korang jom sama-sama sokong anakanda Aleesya, okey? Sokongan anda amat bermakna buat kami sekeluarga.”

Engku Emran turut tumpang bangga

Dalam pada itu, bekas suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin turut meluahkan rasa syukur dan mengimbas kembali detik mereka membesarkan cahaya mata mereka sejak dia dan Erra berpisah pada Februari 2014.

Walaupun tidak bersama lagi, Aleesya membesar dengan sempurna tanpa kekurangan kasih sayang daripada mana-mana pihak.

“Kami telah berusaha sedaya upaya untuk membesarkan, menyediakan keperluan, menjaga dan melindungi satu-satunya anak kami sebaik mungkin.”

“Ibunya dan saya sedar sejak awal lagi bahawa perjalanan membesar bukanlah sesuatu yang mudah untuknya, apatah lagi apabila sentiasa menjadi perhatian umum.”

Screenshot 2025 11 17 153642

“Kami melalui begitu banyak detik indah dan dalam masa yang sama, tidak kurang juga fasa-fasa yang cukup mencabar dalam membesarkan anak.”

“Namun Alhamdulillah, selama 11 tahun kami berjaya mengetepikan perbezaan dan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menjadi ibu bapa yang Aleesya perlukan.”

Sebelum ini, Aleesya menjadi tumpuan apabila dia memperoleh gred A+ dalam subjek First English Language, Matematik, Fizik dan A bagi subjek Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia dan Psikologi dan terpilih sebagai achiever dan cemerlang dalam International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Sekadar info, Erra dan Emran berkahwin pada 5 Oktober 2007 sebelum berpisah pada Februari 2014.

Sumber : Instagram, Sinar Plus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.