in

“I can do other work” – Ini Respon DS Tajuddin Selepas Ditamatkan Perkhidmatan Sebagai Pengerusi Prasarana Serta Merta

Collage 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam semalam, tular surat rasmi mengesahkan yang perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd ditamatkan serta merta.


Surat bertarikh 26 Mei yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ini turut memberikan penghargaan kepada Tajuddin di atas perkhidmatannya selama ini.

E2T3Rl7Voaalqvh

Menurut Malay Mail, ketika mereka terima penjelasan dari Tajuddin, surat rasmi yang tular di media sosial ini masih belum sampai ke tangannya lagi.

Want to terminate, terminate then. What is the issue? What is the matter? Want to terminate, terminate lah. Thank you lah. I can do other work.”

1161569

Tak cukup dengan itu, ketika wartawan yang menelefonnya itu memperkenalkan dirinya, Tajuddin telah memberikan respon seperti ini:

Malay Mail? Bukan Malay Mail dah mati ke?

Kalau mereka nak saya letak jawatan, jika ada arahan lagi bagus. Tak payah tunggu. Orang lain boleh handle, bukan saya sorang. Ada lagi yang lain lagi pandai dan lagi rajin.”

Ketika dihubungi Sinar Harian selepas menerima surat rasmi tersebut, Tajuddin mengatakan terima kasih kepada Tengku Zafrul.

Saya ucap Alhamdulillah dan terima kasih kepada menteri. Saya akan buat kenyataan kemudian.”

Sebelum ini, ramai netizen telah meminta agar Tajuddin dipecat selepas caranya menguruskan nahas LRT yang telah mencederakan lebih 200 penumpang termasuk enam kritikal yang berlaku dua hari lalu dilihat sebagai gagal.

Bukan itu sahaja, Tajuddin juga tak dapat memberikan alasan munasabah ketika ditanya kenapa beliau tak turun padang ketika nahas tersebut berlaku.

Saya terus kesana pagi ini, saya begitu ambil serius dalam hal ini. Jangan lah cuba nak provoke, tak bagus, semalam menteri pun dah turun. Apa yang kami betul-betul ambil berat dengan penumpang, perkhidmatannya, tak ada pula kami mengabaikan tanggungjawab kami.”

 

Baca: “Apa you nak tahu?”- Ramai Netizen Kurang Senang Cara Pengerusi Prasarana Jawab Isu Nahas LRT

Screenshot 2021 05 27 At 11.32.14 Am

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.