Kecoh di media sosial semalam lepas chef selebriti tanah air Chef Wan yang menzahirkan rasa kecewa selepas anaknya Serina Redzuawan bernikah tanpa pengetahuannya.
Dalam posting Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan semalam, beliau ternyata terkejut apabila mengetahui anaknya telah bernikah dengan seorang pegawai polis, Meor Mohammad Aidid.
Tampil untuk menjelaskan perkara hangat itu, @serinaedzuawan telah memuat naik satu gambar di Instagram dengan caption panjang lebar. Korang boleh tengok posting beliau kat bawah ni.
https://www.instagram.com/p/CNdw8HTDJVy/
Dalam pada itu, Chef Wan menerusi akaun Instagram beliau @_chefwan58 turut memberikan respon kepada kenyataan anaknya selepas 3 jam dimuat naik. Korang boleh tengok gambar yang Chef Wan upload tu kat bawah ni.
https://www.instagram.com/p/CNeFU0mAr_Y/?igshid=wyyjwi0n1asq
Segala apa yang berlaku antara Chef Wan dan Serina Redzuawan itu berlaku selepas anaknya memuat naik gambar pernikahan di Instagram semalam.
https://www.instagram.com/p/CNb87_wDeri/
Bagi admin, rasanya adalah lebih baik kalau perkara ini dibawa berbincang secara dalaman. Harap perkara ni boleh diselesaikan baik-baik antara anak beranak ni.