in

Hulu Sungai Sepatutnya Jadi ‘Safe House’ Ikan Sungai, Pakar Tegur Keburukan Buat ‘Empangan’ Dari Batu

syaz ft 2025 08 15T171301.846

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pencinta alam meluahkan rasa kecewa di Facebook miliknya selepas lebih empat kali menegur tentang pembinaan empangan batu di sungai.

Menurutnya, binaan batu-bata ini bukan sekadar ‘hiasan’ atau nak buat kolam mandi cantik – tapi memberi kesan serius pada ekosistem sungai.


“Hulu sungai ni sepatutnya jadi safe house untuk ikan-ikan tempatan mudik balik tempat asal. Bila orang bina empangan, sama macam kita halang mereka balik rumah sendiri,” tulisnya.

Beliau juga menjelaskan beberapa spesies ikan seperti Seluang Pipih, Ikan Daun, Bagoh, Tengas dan Tilan Buluh kini jarang kelihatan. Menurutnya, populasi ikan menurun mendadak sejak 2-3 tahun lalu.

Selain itu, arus dan sedimentasi juga mengganggu sumber makanan mikro seperti zooplankton dan bakteria.

“Selain kesan kepada biodiversiti,risiko berlakunya kepala air dari setiap tangga sungai juga lebih tinggi,kerana banyak aliran yang tidak lancar dan akan menyekat sebarang benda yang hanyut seperti daun,kayu,dan pelbagai lagi.

Lagi satu akan berlaku mendapan apabila segala sampah yang terperangkap mula terlerai dan tenggelam ke dasar,” tulisnya lagi.

Hantaran ini mendapat perhatian ramai dan rata-rata setuju dengan kenyataannya, beliau juga meminta agar kita sentiasa mematuhi ‘undang-undang’ alam.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.